Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib kembali ke mahkamah bagi kes dana RM2.3 bilion 1MDB

Aug 26, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Selepas dua hari di penjara, mantan perdana menteri Malaysia Najib Tun Razak semalam hadir untuk menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion ($710 juta) pula.



Najib tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8.27 pagi semalam dilihat dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dan diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara.



Ini adalah penampilan pertama Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan selepas mula menjalani hukuman di Penjara Kajang.



Dia menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.



Pada Selasa lalu, bekas perdana menteri itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atasnya kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.



Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.



Rosmah: Najib sihat di penjara



Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, enggan memberi sebarang komen berhubung prosiding yang sedang dihadapi anak guamnya semasa perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bersambung semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Beliau turut bimbang media akan memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh pasukannya.



Tan Sri Shafee yang sebelum ini disingkirkan sebagai peguam Najib dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd pada saat akhir dan diganti dengan firma Datuk Zaid Ibrahim berkata pihak media sentiasa memutar belit kenyataannya.



"Anda (media) sentiasa memutar belit kenyataan saya walaupun di mahkamah.



"Sebarang maklumat mengenai beliau (Najib) anda boleh cari sendiri," katanya apabila ditanya berhubung situasi dihadapi Najib ketika ini.



Tan Sri Muhammad Shafee menyambung perbicaraan dalam kes Najib yang berhadapan satu lagi pendakwaan di mahkamah melibatkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion ($710 juta) daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.



Di mahkamah semalam, turut hadir isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang tiba bagi mengikuti prosiding tersebut.



Datin Seri Rosmah mengesahkan keadaan suaminya dalam keadaan sihat selepas menjalani hukuman penjara di Kajang.



"Tak ada apa, Datuk Seri (Najib) sihat," katanya ringkas yang sedang berjalan menuju ke keretanya dan ditemani beberapa penyokong Datuk Seri Najib,



Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya yang hadir memberi sokongan kepada suaminya.



Sementara itu, anak keempat Najib, Cik Nooryana Najwa, menerusi Instagram lewat malam kelmarin berkata bapanya sedang membiasakan diri dengan rutin barunya yang jauh berbeza daripada jadual 'Bossku' yang biasanya padat.



Beliau juga berkata seisi keluarga tidak sabar untuk bertemu bapanya di kompleks mahkamah Kuala Lumpur.



Najib masih perlu berdepan dengan empat lagi kes di Mahkamah Tinggi dengan dua daripadanya masih dalam proses perbicaraan.



Ini meskipun rayuan akhirnya untuk mengetepikan hukuman dan sabitan terhadap penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. ditolak Mahkamah Persekutuan.



Kes pertama membabitkan penyelewengan dana 1MDB dan salah guna kuasa untuk meminda laporan audit 1MDB yang berlangsung semalam.



Kes kedua, Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, turut berdepan enam pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan RM6.64 bilion dana kerajaan untuk pembayaran kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).



Bagi kes ketiga, Najib didakwa menyalahguna kuasa sebagai pegawai awam atas kapasiti sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu dalam mengubah laporan audit 1MDB yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016.



Bagi kes keempat berdasarkan fakta kes, bekas perdana menteri keenam itu bakal berdepan tiga lagi pertuduhan tambahan berhubung SRC International yang belum didengari di mahkamah.



Ia membabitkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram membabitkan dana RM27 juta.



Dalam masa yang sama, polis dalam kenyataannya semalam berkata ia akan memanggil penganjur untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan anjuran Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) di pekarangan Pintu Istana Negara yang didapati tidak mempunyai kebenaran daripada pihak berkuasa.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Penolong Pesuruhjaya Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya mendapati penganjur perhimpunan tidak mengemukakan sebarang permohonan daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan tersebut.



Terdahulu, hampir 300 individu berkumpul di hadapan Istana Negara kelmarin bagi memohon Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan diraja kepada Najib. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >