Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Pemandu ditembak mati lepas kereta rempuh orang ramai di Baitulmakdis

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



BAIKTULMAKDIS: Seorang lelaki Palestin merempuh keretanya ke arah orang ramai di sebatang jalan yang sibu Baitulmakdis pada Isnin, mencederakan lima orang sebelum dia ditembak mati oleh seorang penduduk di kawasan kejadian, kata polis Israel.



Beberapa jam sebelum itu, tentera Israel membunuh seorang warga Palestin semasa satu serbuan di Tebing Barat yang didudukinya.



Ia kejadian terbaru dalam satu siri insiden yang panjang di tengah-tengah peningkatan keganasan sepanjang setahun lalu.



Perkhidmatan ambulans Israel berkata ia merawat lima orang yang cedera sebelum memindahkan mereka ke hospital, termasuk seorang lelaki berusia 70 tahun yang berada dalam keadaan serius tetapi mantap.



Video yang diperolehi Reuters menunjukkan seorang lelaki terbaring di atas kereta yang terhenti di tengah jalan sedang tembakan kedengaran.



Polis berkata siasatan awalnya menunjukkan rempuhan kereta itu adalah serangan yang disengajakan tetapi ia juga sedang membuat pemeriksaan terhadap latar belakang perubatan suspek.



Jurucakap kumpulan Hamas yang mentadbir Gaza berkata insiden itu adalah tindak balas kepada "peperangan Israel terhadap rakyat kami".



Keganasan Israel-Palestin telah meningkat tahun ini, dengan serbuan tentera dan keganasan yang kerap dilakukan oleh peneroka Israel di tengah-tengah serangan Palestin.



Lebih 90 warga Palestin dan sekurang-kurangnya 19 warga Israel dan warga asing terbunuh sejak Januari.



Terdahulu pada Isnin, tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin semasa satu serbuan ke atas kem pelarian Aqabat Jabr berhampiran bandar Jericho, Tebing Barat.



"Dalam tindakan itu, dua suspek dikesan melarikan diri dari tempat kejadian. Tentera bertindak balas dengan menembak mereka. Sasaran telah dikenal pasti," kata tentera.



Ia tidak menjelaskan mengapa dua warga Palestin itu menjadi sasaran.



Agensi berita rasmi Palestin Wafa memetik gabenor Jericho sebagai berkata bahawa seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera ditembak tentera Israel.



Kenyataan gabenor itu berkata tentera Israel tidak menyerahkan mayat lelaki berkenaan kepada keluarganya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >