Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengasas Amazon lepaskan jawatan CEO

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



SEATTLE: Pengasas Amazon, Jeff Bezos, akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selepas memegang jawatan tersebut selama 30 tahun.



Beliau akan digantikan dengan Encik Andy Jassy bermula suku ketiga tahun ini.



Encik Jassy ketika ini mengetuai perniagaan pengkomputeran awan Amazon.



Bezos akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Amazon.



Menurut Bezos, beliau akan menumpukan kepada produk dan inisiatif baru dan projek lain termasuk penerbitan akhbar The Washington Post dan penerokaan angkasa lepas Blue Origin.



Amazon bermula pada 1995 sebagai platform beli-belah dalam talian dan kini diluaskan kepada pelbagai perniagaan termasuk e-reader, kandungan video dan pengkomputeran awan.



Pada suku keempat, jualan bersih Amazon naik 44 peratus kepada AS$125 bilion ($167 bilion) susulan trend beli-belah dalam talian yang meningkat dalam pandemik Covid- 19. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >