Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PH bincang dengan BN; Muhyiddin akui ada majoriti

Agong lanjutkan tempoh penyerahan nama calon kerajaan sehingga hari ini
Nov 22, 2022 | 05:30 AM



BARISAN Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk di pilihan raya umum yang baru berlalu tetapi ia tetap boleh membentuk kerajaan Malaysia yang seterusnya jika menjalin gabungan di luar jangkaan dengan Pakatan Harapan (PH).



Semalam, BN telah mengadakan pertemuan dengan PH, walaupun ketua PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perbincangan belum muktamad.



Sementara itu ketua Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata gabungan parti tersebut telah mendapat sokongan majoriti mudah lebih 112 Anggota Parlimen (AP).



Sebelum ini dua gabungan parti utama di Borneo, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga telah menyuarakan sokongan kepada PN.



Dalam kenyataannya semalam, PN berkata ia telah pun menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan dan menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kepada Istana Negara, walaupun tempoh penyerahan telah dilanjutkan sehari oleh Yang DiPertuan Agong.



Di sidang media yang diadakan di Hotel Seri Pacific selepas pertemuan BN dan PH semalam, Datuk Anwar berkata beliau berpuas hati dengan rundingan yang diadakan untuk membentuk kerajaan baru.



Namun rundingan itu belum dimuktamadkan kerana BN meminta lebih banyak masa untuk berunding dengan beberapa pihak lain, beliau menambah.



"Pokoknya, tiada kompromi berhubung tumpuan kerajaan baru dalam pentadbiran dan pembangunan ekonomi," kata Datuk Anwar, menjawab soalan wartawan mengenai kerelaannya bekerjasama dengan parti yang digelarnya 'penyamun' semasa berkempen.



"Kita harus terus bergerak ke hadapan," katanya.



Peranan BN sebagai kingmaker atau pihak penentu untuk membantu gabungan parti lain membentuk kerajaan muncul kerana tiada gabungan parti mendapat majoriti mudah atau sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ini.



Di Hari Mengundi pada Sabtu lalu, PH memenangi paling banyak kerusi parlimen, iaitu 82 kerusi, diikuti PN yang menang 73 kerusi.



BN, yang memenangi 30 kerusi parlimen, boleh bergabung dengan PH untuk mencapai majoriti mudah 112 kerusi parlimen yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru.



Namun ada perpecahan dalam gabungan parti itu, dengan sebahagian anggotanya enggan menjalin hubungan dengan PH.



Beberapa anggota kanan juga menggesa Datuk Ahmad Zahid Hamidi supaya meletak jawatan sebagai presiden Umno.



Semalam, hanya 26 Anggota Parlimen (AP) BN menghadirkan diri di Hotel Seri Pasific, dengan empat lagi AP tidak hadir.



Dua AP yang tidak hadir - Datuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah) dan Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu) kurang sihat, kata Datuk Ahmad Zahid. Beliau tidak memberikan sebab dua lagi AP - Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Sembrong) dan Datuk Hasni Mohammad (Simpang Renggam) - tidak hadir.



Difahami, ada beberapa AP BN yang memberi sokongan kepada PN untuk menubuhkan kerajaan, termasuk menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri.



Bercakap di sidang media, Datuk Ahmad Zahid berkata keputusan jawatankuasa rundingan dan majlis tertinggi BN mengatasi perjanjian individu dengan sebarang gabungan parti.



Ini termasuk jika mereka menandatangani akuan berkanun untuk menyokong calon perdana menteri dari parti lain.



"Ini kerana ia melanggar ketetapan parti dan melanggar akuan-akuan bersumpah yang telah ditandatangani oleh setiap calon BN," kata Datuk Ahmad Zahid.



Tan Sri Muhyiddin, kelmarin, berkata tiada undang-undang negara yang melarang seorang AP dari sebarang parti untuk memberi sokongan kepada calon perdana menteri dari parti yang lain.



Sementara itu, dakwaan PN ia telah mendapat sokongan 112 AP telah disangkal ketua setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang berkata kenyataan PN itu dibuat secara pramatang.



Dalam pada itu, PH dan BN telah bekerjasama untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak dan Pahang.



Datuk Seri Saarani Mohamad dari BN semalam mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, Perak, walaupun PH memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding BN.



Di Pahang, Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sana, Encik Leong Ngah Ngah, memberi pengesahan PH dan BN akan menubuhkan kerajaan negeri.



LAPORAN SELANJUTNYA:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >