Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis kenal pasti 43 suspek protes Rempang dekat Batam

Sep 18, 2023 | 12:36 PM



BATAM: Polis telah menamakan 43 suspek berhubung rusuhan yang berlaku semasa protes Rempang Eco-City pada 7 dan 11 September sedang ia merancang untuk menambah 400 anggotanya bagi membantu kerja-kerja mengukur tanah dan penyebaran maklumat kepada penduduk pulau itu.


“Seramai 26 orang dinamakan suspek berkaitan kes pada 11 September, dengan tambahan lapan pada 7 September.

“Terdapat sembilan suspek ditahan di polis daerah, jadi 43 kesemuanya,” kata Ketua Polis Balerang Resort, Ketua Komisioner Nurgoho Tri Nuryanto di Batam, Kepulauan Riau.

Polis masih mencari dalang yang bertanggungjawab dalam rusuhan di hadapan pejabat BP Batam pada 11 September.

Beliau menyeru tiga penyelaras rusuhan itu supaya menyerah diri kepada polis sebelum tindakan diambil bagi menahan mereka.

Menurutnya, polis tidak membenarkan keluarga atau peguam suspek melawat mereka kerana “lawatan boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan”.

“Kami khuatir lawatan boleh menjejas kenyataan mereka kepada penyiasat,” tambahnya sambil memberi jaminan bahawa polis akan membenarkan lawatan daripada keluarga dan peguam sedang siasatan dijalankan.

Bantahan besar-besaran melibatkan sekitar 1,000 penduduk diadakan terhadap pembangunan Rempang Eco-City pada 7 dan 11 September 2023.

Protes itu berakhir dengan kekecohan, dengan polis melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Gas pemedih mata menjejas bukan sahaja penunjuk perasaan bahklan kanak-kanak yang belajar di sekolah berhampiran.

Dalam pada itu, Menteri Pelaburan, Encik Bahlil Lahadalia, menyatakan pelaburan di Pulau Rempang akan memberi manfaat kepada penduduk dan pemerintah juga cuba menyelesaikan konflik dengan penyelesaian yang sewajarnya.

“Saya pastikan pelaburan ini bertujuan untuk kemakmuran masyarakat, membuka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan,” kata Encik Bahlil kepada media Indonesia selepas mengetuai mesyuarat penyelarasan di Batam pada Ahad.

“Penduduk yang dipindahkan dari pulau itu akan diberikan hak mereka berkaitan tanah,” kata beliau.

Encik Bahlil juga menegaskan bahawa resolusi di Pulau Rempang hendaklah dijalankan melalui pendekatan lembut dan untuk itu, pemerintah sudah bersedia mengadakan dialog dengan penduduk Rempang.

“Kami amat menghargai penduduk (di Rempang) yang telah menetap di sana sejak turun-temurun,” jelas beliau.

Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo berkata polis akan menambah 400 anggota ke Pulau Rempang bagi membantu agenda pengukuran tanah dan penyebaran maklumat kepada penduduk. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >