Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS prihatin pertempuran di Baitulmakdis

Apr 17, 2022 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Jabatan Negara Amerika Syarikat semalam melahirkan keprihatinan mendalam terhadap pertempuran yang berlaku di Baitulmakdis.



Pertempuran antara polis Israel dengan rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa kelmarin menyebabkan 158 cedera dan enam parah setakat ini.



Tiga anggota paramedik, tiga wartawan dan 400 yang lain ditahan ketika serbuan di masjid bagi mengusir 2,000 jemaah dengan polis menggunakan bom gas dan peluru getah, selain menolak dan memukul.



Sumber Palestin berkata, polis Israel menutup semua pintu masjid menghalang anggota Bulan Sabit Merah daripada masuk dan menghalang ketibaan ambulans untuk mengangkut mangsa yang cedera dari dalam pekarangan masjid ke hospital.



Polis juga didakwa menyasarkan pengawal Masjid Al-Aqsa, pihak media, kakitangan perubatan dan anggota Bulan Sabit Merah dengan peluru getah dan dengan sengaja memukul mereka dengan belantan.



Pasukan keselamatan Israel itu juga didakwa merampas kunci ambulans dan mengelilingi Klinik Al-Aqsa, di mana pertolongan cemas diberikan kepada berpuluh-puluh orang yang cedera.



Saksi berkata, penunjuk perasaan Palestin terkena bom gas dan dibaringkan sebelum dipukul dengan kejam.



Hasil serbuan itu, konfrantasi ganas berlaku antara polis Israel dengan penunjuk perasaan di pekarangan masjid berkenaan.



Arab Saudi, Pakistan bersama beberapa negara Islam lain turut mengecam serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.



"Kami mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas jemaah terutama ketika Ramadan, ia melanggar norma kemanusiaan dan undang-undang hak asasi manusia," menurut Kementerian Luar Pakistan (Mofa) dalam satu kenyataan.



Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, tentera Israel membunuh berpuluh-puluh dan mencederakan ramai rakyat Palestin di Baitulmakdis Timur serta kawasan lain.



Peningkatan aktiviti keganasan tentera Israel di wilayah Palestin amat dikesali," menurut kementerian itu.



Kementerian Ehwal Luar Saudi pula dalam kenyataannya berkata:



"Kerajaan menggesa masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dalam memastikan tentera penjajah Israel dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesan tindakan jenayah dan pelanggaran yang dibuat ke atas rakyat Palestin yang tidak mampu mempertahan diri mereka, tanah mereka dan tapak suci mereka, dan peluang dalam mengembalikan proses damai di Timur Tengah," kata kementerian itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >