Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pulai, Simpang Jeram undi pada 9 Sep

Aug 04, 2023 | 04:07 PM



PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil di Johor dijangka menelan belanja RM6 juta ($1.77 juta), kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Pengundi di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram akan ke peti undi untuk memilih wakil rakyat baru mereka pada 9 September ini.

Mengumumkan demikian, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan pilihan raya kecil itu juga telah menetapkan hari penamaan calon pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September.

Undian itu dijangka menelan belanja RM6 juta. Tan Sri Abdul Ghani berkata daripada jumlah itu, RM4.5 juta akan digunakan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai manakala RM1.5 juta untuk menganjurkan pengundian bagi kerusi DUN Simpang Jeram.

“Tempoh berkempen selama 14 hari akan bermula sebaik calon yang bertanding untuk dua pilihan raya kecil itu diumumkan pada 26 Ogos ini,” katanya pada sidang media pada Khamis, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).


Beliau berkata terdapat 166,653 pengundi di kawasan parlimen Pulai, di mana 165,700 daripadanya adalah pengundi biasa, 927 anggota polis dan 26 pengundi luar.

Bagi DUN Simpang Jeram, terdapat 40,379 pengundi – 40,373 pengundi biasa dan enam pengundi luar.

Tan Sri Abdul Ghani berkata 2,692 petugas akan bertugas bagi PRK di Pulai manakala 678 pegawai ditugaskan untuk menguruskan pengundian di Simpang Renggam.

“SPR mempelawa badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan untuk memerhati pilihan raya kecil bermula dari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan,” katanya.

Kedua-dua kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai, selepas menjalani pembedahan untuk pendarahan otak. Beliau berusia 61 tahun.

Allahyarham Datuk Salahuddin, yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kedua-duanya adalah Ahli Parlimen Pulai dan Ahli DUN (Adun) Simpang Jeram.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Datuk Salahuddin memenangi kerusi Parlimen Pulai buat kali ketiga dengan memperoleh 64,900 undi. Pada pilihan raya negeri Johor 2022, beliau kembali sebagai Adun Simpang Jeram dengan majoriti 2,399 undi.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) akan memberi laluan kepada Parti Amanah untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat atas semangat kerjasama politik dalam kerajaan perpaduan.

“Kerusi DUN Simpang Jeram juga milik Amanah. Jadi atas semangat kerajaan Madani, kami menyokong kedua-dua kerusi itu untuk ditandingi Amanah,” katanya kepada media selepas melancarkan program TVET JELITA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >