Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek serangan sekolah Nashville rancang terperinci

Mar 30, 2023 | 05:30 AM



NASHVILLE (Tennessee): Suspek satu serangan tembakan di sebuah sekolah rendah Kristian di sini dikatakan melukis peta terperinci sekolah terbabit, termasuk pintu masuk.



Wanita berusia 28 tahun itu, yang juga bekas pelajar The Covenant School itu, turut menjalankan pengawasan bangunan sebelum melakukan pembunuhan beramai-ramai itu, yang membunuh tiga kanak-kanak serta tiga kakitangan sekolah.



Ketua Polis Metropolitan Nashville, Encik John Drake, tidak menyatakan dengan tepat apa mendorong penembak itu melepaskan tembakan pada pagi Isnin, sebelum dia ditembak mati oleh polis.



Namun, beliau memberi contoh menyeramkan tentang rancangan terperinci bagi serangan itu, yang terbaru dalam siri tembakan besar-besaran di negara yang semakin biasa dengan pertumpahan darah di sekolah.



"Kami ada manifesto, kami ada beberapa tulisan yang akan kami bincangkan berkaitan tarikh ini, kejadian sebenar," katanya kepada pemberita, memaklumkan polis mempunyai peta yang dilakar tentang bagaimana kejadian itu akan berlaku.



Encik Drake memberitahu NBC News penyiasat percaya penembak itu mempunyai sedikit kebencian kerana terpaksa pergi ke sekolah itu.



Korban serangan itu ialah tiga kanak-kanak berusia sembilan tahun, pentadbir tertinggi sekolah, seorang guru ganti dan seorang penjaga.



Kejadian itu menyebabkan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menggesa semula penggubal undang-undang untuk meluluskan undang-undang keselamatan senjata api yang lebih kukuh.



"Mesej kami di sini sangat, sangat jelas: Cukuplah. Kita perlu melihat tindakan di Kongres," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre, pada Selasa di CNN.



Cik Jean-Pierre berkata Encik Biden mahu meneruskan usaha dua pihak seperti Akta Komuniti Selamat dan mahu meluluskan undang-undang keselamatan senjata api, termasuk larangan senjata serangan.



Dalam pada itu, polis masih memberi maklumat tidak jelas mengenai jantina penembak.



Selama berjam-jam polis mengenal pasti penembak itu sebagai seorang wanita berusia 28 tahun dan akhir sekali sebagai Audrey Elizabeth Hale.



Pada sidang media lewat petang hari tersebut, ketua polis berkata Hale adalah seorang transgender.



Selepas sidang media itu, jurucakap polis, Encik Don Aaron, enggan mengulas lanjut bagaimana Hale dikenal pasti.



Dalam satu e-mel pada Selasa, jurucakap polis, Cik Kristin Mumford, berkata Hale didaftarkan sebagai wanita semasa lahir, namun menggunakan kata ganti nama lelaki pada profil media sosial.



Pihak berkuasa berkata Hale bersenjatakan dua senjata jenis serangan serta pistol, dengan sekurang-kurangnya dua daripadanya dipercayai diperoleh secara sah di kawasan Nashville.



Polis berkata pemeriksaan di rumah Hale menemui senapang patah yang digergaji, senapang patah kedua dan bukti lain yang tidak dinyatakan.



Sebelum keganasan di Nashville itu, terdapat tujuh pembunuhan besar-besaran di sekolah K-12 sejak 2006 di mana empat atau lebih orang terbunuh dalam tempoh 24 jam, menurut pangkalan data yang diselenggara agensi berita The Associated Press, dan akhbar USA Today, dengan kerjasama Universiti Northeastern.



Dalam semua kes penembak adalah lelaki. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >