Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KETEGANGAN CHINA-TAIWAN

Taiwan lapor pencerobohan udara terbesar China sejak Okt

Jan 25, 2022 | 05:30 AM



TAIPEI: Taiwan melaporkan pencerobohan terbesar sejak Oktober lalu oleh tentera udara China di zon pertahanan udara (Adiz) pulau itu kelmarin, dengan Taipei berkata jet pejuangnya bergegas memberi amaran kepada 39 pesawat China, dalam satu ketegangan terbaru yang meningkat antara dua pihak itu.



Telah lebih setahun Taiwan mengadu tentang misi berulang tentera udara China berhampiran pulau yang ditadbir secara demokrasi itu, selalunya di bahagian barat daya Adiz-nya, berhampiran Kepulauan Pratas yang ditadbir Taiwan.



Taipei menyifatkan aktiviti ketenteraan China yang berulang-ulang itu sebagai "zon kelabu" peperangan yang direka bagi melemahkan tentera Taiwan dengan membuat mereka berulang kali bergegas untuk respon terhadap kes kecemasan, dan juga untuk menguji tindak balas Taiwan.



Misi terbaru China itu termasuk 24 pesawat tempur J-16, yang menurut pakar adalah antara jet kegemaran China untuk menguji pertahanan udara Taiwan, 10 pesawat pejuang J-10, empat pesawat perang elektronik, dan satu pesawat pengebom H-6 berkeupayaan nuklear.



Taiwan menghantar pesawat pejuang untuk memberi amaran kepada pesawat China itu, manakala sistem peluru berpandu pertahanan udaranya dikerahkan untuk mengesan dan memantau mereka, kata Kementerian Pertahanan Taiwan.



Tiada ulasan segera daripada China, yang pada masa lalu mengatakan tindakan sedemikian adalah latihan yang bertujuan melindungi kedaulatannya.



China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang memberontak, yang akan disatukannya semula, secara paksa jika perlu.



Masih tidak jelas alasan China melancarkan misi penerbangan berkenaan, namun pencerobohan itu berlaku selepas Amerika Syarikat dan Jepun menjalankan latihan tentera laut di Laut Filipina, kawasan yang merangkumi perairan di sebelah timur Taiwan.



Armada Pasifik Amerika menyatakan kelmarin latihan itu termasuk dua kumpulan kapal induk yang "menjalankan latihan untuk memelihara dan melindungi kawasan Indo Pasifik yang bebas dan terbuka".



China telah meningkatkan tekanan ke atas Taiwan untuk menerima tuntutan kedaulatannya. Namun Taiwan berkata ia mahukan keamanan tetapi akan mempertahankan diri jika diserang.



Pada 1 Oktober lalu, Taiwan melaporkan 148 pesawat tentera udara China di bahagian selatan dan barat daya Adiz pulau itu sepanjang empat hari, hari sama China menyambut Hari Kebangsaannya.



Sejak itu, Taiwan melaporkan pencerobohan tentera udara China di ruang udaranya hampir setiap hari, tetapi bilangan pesawat kelmarin ialah yang terbesar. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >