Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taman Geologi Kinabalu diisytihar Taman Geologi Global Unesco

May 26, 2023 | 05:08 PM



KOTA KINABALU: Sabah kini menjadi pemilik tapak Unesco Triple Crown, yang ketiga di dunia yang mempunyai pengiktirafan sedemikian, berikutan pengisytiharan Taman Geologi Nasional Kinabalu sebagai Taman Geologi Global Unesco Kinabalu.


Mengumumkan perkara ini pada Jumaat, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Sabah menyertai Pulau Jeju di Korea dan Shennongjia di China yang mempunyai tiga tapak Unesco.

Keputusan itu dibuat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) di Paris pada 24 Mei.

Dua lagi ‘mahkota’ Unesco di Taman Kinabalu ialah Tapak Warisan Dunia (diisytiharkan pada 2 Disember 2000) dan Tanah Simpanan Biosfera Banjaran Crocker Unesco (diisytiharkan pada 12 Jun 2014).

“Ini adalah satu pencapaian hebat bagi kerajaan negeri di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Taman-Taman Sabah.

“Taman Geologi Global Unesco Kinabalu yang meliputi kawasan seluas 4,750 kilometer persegi, kini secara rasminya merupakan destinasi Geopelancongan Global yang menambah nilai penting kepada produk eko-pelancongan sedia ada Sabah.

“Taman Geologi ini adalah kediaman kepada banyak tumbuhan dan haiwan, termasuk 90 spesies orkid yang hanya terdapat di Gunung Kinabalu.

“Ini termasuk burung ayam hutan berkepala merah yang tidak ditemui di tempat lain di muka bumi ini yang akan membawa manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada sosioekonomi Sabah, khususnya kepada lebih 290,000 masyarakat tempatan dalam daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau,” katanya, lapor The Star.


Dengan pengisytiharan Taman Geologi Nasional Kinabalu sebagai Taman Geologi Global Unesco, kini terdapat 195 taman geologi di dunia yang terletak di 48 negara.

Label Taman Geologi Global Unesco mengiktiraf warisan geologi yang mempunyai kepentingan antarabangsa.

Taman geologi memberi khidmat kepada masyarakat tempatan dengan menggabungkan pemuliharaan warisan geologi penting mereka dengan jangkauan awam dan pendekatan pembangunan yang mampan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >