Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Tumpuan kini patut bangunkan Sabah, bukan gugat kerajaan'

Jan 07, 2023 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Mana-mana kumpulan yang berhasrat untuk mengambil alih kerajaan negeri seharusnya menunggu sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menentukan sama ada mereka mendapat sokongan rakyat.



Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai, menegaskan ketika ini pemimpin seharusnya memberi perhatian untuk membangunkan negeri Sabah.



"Mengapa buat rancangan untuk menggulingkan kerajaan negeri pada waktu di mana sepatutnya fokus kita adalah untuk menyegerakan dan mempergiatkan usaha untuk membangunkan negeri?



"Sangat dikesali kerana pihak tertentu nampaknya tidak pernah berhenti menggugat kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor," katanya.



Dalam pada itu, Datuk Joniston turut berkata beliau turut percaya majoriti rakyat Sabah menentang sebarang rancangan atau tindakan untuk menggulingkan kerajaan negeri ketika ini.



"Jangan kita lupa keputusan PRN ke-16 pada 2020 di mana parti yang menggulingkan kerajaan negeri yang dilantik melalui pembelotan ditolak.



"Janganlah kita ganggu kerja-kerja baik dan produktif yang kerajaan negeri sedang lakukan sekarang," katanya dalam satu kenyataan.



Di samping itu, Datuk Joniston turut menegaskan sebarang langkah yang boleh membawa ketidakstabilan politik di Sabah harus dielakkan dan semua yang berkenaan perlu menumpukan usaha mengukuhkan perpaduan.



Datuk Joniston berkata, di bawah kepimpinan Datuk Hajiji, negeri ini telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa termasuk merekodkan hasil negeri tertinggi sebanyak RM6.6 bilion ($2.01 bilion) pada 2022, antara lain.



Selain itu, peruntukan tahunan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tahun ini dinaikkan kepada RM3 juta, dengan RM2.5 juta diperuntukkan untuk projek kecil dan RM500,000 untuk projek sentuhan kasih. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >