Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Industri khidmat S’pura tumbuh lembab 3.2% pada suku ketiga

Nov 27, 2023 | 03:47 PM



Industri perkhidmatan Singapura mencatatkan kenaikan 3.2 peratus tahun ke tahun dalam jumlah resit perniagaan pada suku ketiga 2023, turun daripada kenaikan 3.8 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya, menurut data dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (Singstat) pada Isnin.

Perangkaan terkini itu, menurut The Business Times (BT), menandakan suku kelima secara berturut-turut industri berkenaan mengalami pertumbuhan yang kian lembab.


Dari segi perangkaan berlandaskan suku tanpa mengambil kira perubahan musim, jumlah resit perniagaan naik 1.9 peratus pada suku ketiga, melanjutkan peningkatan yang dinikmati pada suku sebelumnya pada 2.2 peratus.

Indeks resit perniagaan Singstat itu tidak mengambil kira perniagaan borong, perniagaan runcit serta perkhidmatan penginapan dan makanan yang dijejak secara berasingan.

Hampir semua industri perkhidmatan di sini, menurut indeks itu, rata-rata menikmati kadar pertumbuhan tahun ke tahun dan suku ke suku, dengan beberapa pengecualian.

Perkhidmatan peribadi dan rekreasi misalnya, menikmati pertumbuhan terbesar tahun ke tahun, melonjak 20.8 peratus.

Ini menyusuli pendapatan besar daripada segmen sukan, permainan dan lain-lain tarikan.

Perkhidmatan maklumat dan perhubungan serta kewangan dan insurans turut mencatatkan kenaikan dua digit, masing-masing pada 15 peratus dan 11.7 peratus.

Peningkatan pendapatan bagi perkhidmatan maklumat dan perhubungan secara amnya adalah disebabkan kenaikan resit perniagaan lebih tinggi meliputi pelbagai segmen, seperti pembangunan sofwe, khidmat pakar runding Teknologi Maklumat (IT), perkhidmatan maklumat serta wadah perdagangan elektronik.

Khidmat pengangkutan dan penyimpanan pula mencatatkan kemerosotan 20.7 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga.

Khususnya, segmen pengangkutan air merekodkan kemerosotan pendapatan disebabkan kadar muatan lebih rendah dalam industri perkapalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >