Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keppel peroleh ruang pejabat, runcit Wilkie Edge

Jan 08, 2024 | 05:38 PM



Sebuah dana yang diuruskan Keppel telah memperoleh Wevolve, sebuah syarikat yang memiliki komponen pejabat dan runcit Wilkie Edge, pada harga $348 juta.

Dikenali sebagai Alpha Asia Separate Account, perjanjian bagi akaun berasingan bernilai $360 juta itu diperolehi Keppel daripada penyedia khidmat dana pencen koperasi Belanda, PGGM.

Ia memberi tumpuan kepada pelbagai peluang dalam hartanah komersial, pada umumnya di Singapura, selain bandar utama di Jepun dan China, menurut The Straits Times (ST).


Wilkie Edge adalah pembangunan 12 tingkat pelbagai kegunaan di 8 Wilkie Road di Selegie.

Komponen pejabat dan runcit Wilkie Edge secara kolektif mengisi ruang lapan tingkat, terdiri daripada enam tingkat pejabat dan dua tingkat runcit, dengan keluasan boleh disewa bersih (NLA) sekitar 157,400 kaki persegi. Bahagian hartanah itu dihuni sepenuhnya pada akhir 2023.

Urusan pembelian pembangunan itu diselesaikan Keppel pada Disember 2023.

Ia tidak dijangka memberi kesan penting ke atas pendapatan sesaham dan aset ketara bersih sesaham Keppel bagi tahun kewangan yang berakhir Disember 2023.

The Business Times (BT) pertama kali melaporkan mengenai perjanjian perniagaan itu pada November 2023.


Pada masa itu, harga pemerolehan yang dipertimbangkan ialah hampir $350 juta, iaitu, lebih $2,200 sekaki persegi (psf) secara purata, berdasarkan NLA.

Dalam pemfailan bursa pada 8 Januari, Keppel berkata ia merancang melaksanakan inisiatif peningkatan aset itu untuk menukar, menyusun semula dan menyalurkan semula ruang sedia ada hartanah itu untuk meraih pendapatan sewa lebih tinggi.

Keppel, yang merupakan pengurus dan pengendali aset di peringkat sedunia, berjaya menarik syarikat dan pihak berminat memajak ruang yang diperbaiki itu, “melalui penglibatan proaktif dan pemahaman mendalam mengenai keperluan penghuni”.

Keppel juga berhasrat memperbaiki lagi kecekapan dan prestasi operasi hartanah itu, melalui strategi pembaharuan bandar mampan (SUR) oleh divisyen hartanahnya.

Ia akan memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi didorong kecerdasan buatan (AI) dalam usaha meningkatkan prestasi dan penilaian kemampanan bangunan komersial itu.

“Permintaan bagi hartanah komersial berkualiti terus berdaya tahan di Singapura.

“Pemerolehan hartanah di lokasi baik dan dibina dengan baik ini akan membolehkan kami memanfaatkan kepakaran kukuh Keppel dalam pengurusan aset dan membangunkan aset yang kalis masa depan, melalui huraian ruang yang berkualiti dan inovatif,” kata Ketua Eksekutif Pengurusan Dana dan Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) Keppel, Cik Christina Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >