Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keuntungan Keppel naik empat kali ganda kepada $4.1b

Feb 01, 2024 | 02:17 PM



Syarikat Keppel meraih keuntungan tertinggi dalam sejarah berikutan pendapatan berulang yang meningkat, dan keuntungan daripada penjualan unit marin luar pantai syarikat itu.

Kumpulan Keppel mencatat keuntungan bersih sebanyak $4.1 bilion bagi tempoh setahun sehingga 31 Disember 2023, disokong oleh keuntungan bersih sekitar $3.2 bilion daripada penjualan syarikat Keppel O&M dan lagi $996 juta daripada operasi berterusan.

Ini merupakan kenaikan empat kali ganda berbanding keuntungan tahun kewangan 2022 sebanyak $927 juta, lapor The Straits Times (ST).


Pulangan ekuitinya ialah 37.9 peratus, berbanding 8.1 peratus bagi tahun kewangan 2022.

Pendapatan separuh kedua daripada operasi bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 naik 36 peratus kepada $551 juta.

Pendapatan operasi perniagaan utamanya naik 5 peratus kepada $6.97 bilion, disokong oleh sumbangan lebih tinggi daripada segmen prasarana dan ketersambungan.

Keppel mengusulkan dividen tunai akhir sebanyak 19 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen tunai kepada 34 sen sesaham bagi tahun kewangan 2023.

Jumlah pengagihan tahun kewangan 2023 ialah sekitar $2.70 sesaham Keppel, merangkumi wang tunai dan pengagihan berbentuk bukan kewangan bagi saham syarikat yang sebelum ini digelar Sembcorp Marine dan unit Keppel Reit.

Dengan usaha mengubah Keppel menjadi pengurus dan pengendali aset sedunia, syarikat itu memberi kadar Pulangan Pemegang Saham Keseluruhan (TSR) sebanyak 61.1 peratus bagi 2023 dan 49.3 peratus bagi 2022, jauh melebihi TSR Indeks Straits Times (STI) untuk kedua-dua tahun.

Ketiga-tiga bidang perniagaan Keppel – prasarana, hartanah dan ketersambungan – rancak sepanjang 2023.

Keuntungan bersih prasarana melonjak 135 peratus tahun ke tahun kepada $699 juta bagi tahun kewangan 2023.

Bercakap mengenai pendapatan Keppel, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Keppel, Encik Loh Chin Hua, berkata: “2023 adalah salah satu tahun yang mencatat perubahan paling besar dalam sejarah Keppel.”

Di tengah-tengah persekitaran sedunia yang tidak menentu, Keppel menjalankan transformasi dengan penjualan perniagaan luar pantai dan marin (O&M), yang membolehkan syarikat meraih penilaian sekitar $9.4 bilion dengan peredaran masa, tambah beliau.

Keppel kemudian memperkenalkan fasa transformasi Visi 2030 yang seterusnya untuk menjadi pengurus dan pengendali aset sedunia, kata Encik Loh.

Pada November 2023, kumpulan itu mengumumkan pemerolehan 50 peratus kepentingan dalam syarikat pengurusan aset Eropah, Aermont Capital, yang bernilai $517 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >