Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lebih ramai beli polisi insurans walau inflasi lebih tinggi

Dec 28, 2023 | 04:21 PM



Rakyat dan penduduk Singapura tidak keberatan membeli polisi insurans walaupun menghadapi kos sara hidup lebih tinggi dan pasaran pekerjaan tidak menentu sepanjang 2023.

Pembelian polisi insurans baru kekal teguh pada suku ketiga, dengan premium tahunan meningkat 9.8 peratus daripada suku kedua kepada $886.9 juta, menurut data Persatuan Insurans Hayat (LIA) Singapura.

Pembelian polisi baru naik hampir 25 peratus dari Januari hingga September 2023, berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Ia mencecah $2.4 bilion secara keseluruhan – jumlah tertinggi sepanjang lima tahun lalu, malah melepasi jumlah yang dicatat semasa tempoh pandemik Covid-19, lapor The Straits Times (ST).


Polisi premium tahunan adalah polisi insurans yang memerlukan pelanggan membayar premium secara tetap buat tempoh tertentu.

Syarikat penyedia insurans utama di sini, termasuk Prudential, Income Insurance, Manulife dan Singlife, memberitahu ST bahawa ia melihat beberapa sahaja atau tidak ada kes pemegang polisi yang memilih untuk menangguh atau berhenti sementara daripada membayar premium insurans.


Jurucakap Singlife menambah bahawa kini terdapat “trend menurun secara umumnya” dalam bilangan pemegang polisi yang memilih “cuti premium” selepas pandemik Covid-19.

“Cuti premium” membolehkan pemegang polisi berhenti membayar premium buat tempoh tertentu ketika menghadapi masalah kewangan.

Naib presiden perhubungan awam di Persatuan Pengamal Insurans dan Kewangan Singapura (Ifpas), Encik Derrick Yip, berkata perancangan kewangan perlu dilakukan dengan baik sejak awal lagi, agar pelanggan terus mampu melunaskan bayaran premium.

Ifpas adalah persatuan bukan mencari untung bagi pengamal perkhidmatan kewangan dan insurans.

Konsultan insurans melakukan analisis keperluan kewangan bersama pelanggan untuk membantu mereka menyiapkan pelan insurans yang dimampui.

Dalam analisis itu, konsultan insurans antara lain akan menanyakan pelanggan mengenai:

  • keperluan kewangan mereka, dan sama ada mereka mampu membayar premium selama 10 tahun akan datang; 
  • sama ada mereka menjangka keadaan kewangan mereka akan berubah dalam masa satu hingga dua tahun akan datang;
  • sama ada mereka bakal memiliki rumah baru atau menimang cahaya mata. Atau ada keperluan keluarga yang mungkin membuat mereka sukar membayar premium; dan
  • sama ada mereka menjangka akan bertukar pekerjaan atau kerjaya.

Berdasarkan perbincangan itu, konsultan insurans akan mencadangkan jumlah premium insurans yang selesa untuk pelanggan, kata Encik Yip.

Beliau menambah bahawa jika pelanggan tidak membayar premium secara berterusan, mereka terpaksa menghentikan polisi insurans.

Pakar kewangan menasihatkan mereka yang menghadapi masalah kewangan dan menimbangkan untuk membatalkan polisi insurans supaya berfikir baik-baik.

Encik Yip berkata: “Jangan hentikan polisi anda. Jika anda hentikan, ia bermakna kekayaan anda yang terkumpul dan perlindungan anda akan terjejas.”

Terdapat pelbagai pilihan yang disediakan untuk membantu pemegang polisi untuk mengharungi masa-masa sukar.

Ini termasuk mengambil “cuti premium”, pinjaman premium automatik untuk membayar premium pada masa depan, atau menangguh bayaran premium ke tarikh kemudian, tambah Encik Yip.

“Cuti premium” selama sebulan hingga beberapa tahun, disediakan bagi polisi berkaitan pelaburan (ILP), yang menyediakan perlindungan insurans sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya menyeluruh dan kekal, atau penyakit kritikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >