Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MTI: Jumlah eksport kebanyakan sektor S’pura tidak banyak berubah antara 2015-2019

Jun 01, 2023 | 12:28 PM



JUMLAH eksport bagi kebanyakan sektor ekonomi Singapura secara amnya kekal tidak berubah antara 2015 dengan 2019, sekali gus mencerminkan penggantungan tinggi terhadap permintaan luaran, menurut satu rencana khas Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Sektor yang secara konsisten mempunyai jumlah eksport terbesar dari segi keluaran ialah sektor perdagangan borong, pengilangan, dan sektor pengangkutan dan penyimpanan.

Ini kerana sektor-sektor ini amat bergantung kepada permintaan luar, berbanding sektor yang bergantung tinggi kepada permintaan domestik, seperti sektor pembinaan, perdagangan runcit dan perkhidmatan lain, kata rencana tulisan pakar ekonomi, Cik Sarah Liu dan Encik Chan You Zhong, yang terkandung dalam laporan Tinjauan Ekonomi Singapura yang dikeluarkan pada 25 Mei.


Sektor perkhidmatan lain merangkumi segmen pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan sosial; dan seni, hiburan dan rekreasi.

Menurut tinjauan tersebut, memandangkan Singapura merupakan ekonomi terbuka dan kecil yang sangat bergantung kepada permintaan luar, sesetengah sektor akan lebih terjejas daripada yang lain.

Laporan itu menjelaskan antara sektor yang lebih bergantung kepada permintaan luar, sektor maklumat dan komunikasi serta kewangan serta insurans menyaksikan kenaikan tertinggi bagi eksport keseluruhan dalam tempoh 2015 hingg 2019.

“Ini didorong oleh peningkatan dalam kededua eksport secara langsung dan tidak langsung bagi segmen pemprograman komputer, perundingan serta perkhidmatan maklumat, di samping eksport secara langsung bagi segmen hiburan media dan telekomunikasi.

“Turut memacu trend ini ialah permintaan pasaran luar yang bertambah untuk alat digital (seperti sofwe pentadbiran perniagaan) dan permainan (seperti permainan telefon bimbit), yang dihasilkan sektor itu,” jelas rencana tersebut.

Bagi sektor kewangan dan insurans pula, peningkatan dalam jumlah eksport didorong oleh peningkatan dalam eksport secara langsung dari segmen perbankan dan kewangan, dan eksport tidak langsung dari segmen perkhidmatan kewangan (kecuali pembiayaan insurans dan pencen).

Laporan itu berkata antara sektor yang lebih bergantung kepada permintaan dalam negeri ialah sektor hartanah dan pembinaan, yang menyaksikan peningkatan terbesar dalam jumlah bahagian eksport pada 2015 hingga 2019.

Jumlah eksport sektor hartanah meningkat sebanyak 10.2 mata peratusan dalam tempoh ini, dipacu oleh peningkatan dalam eksport tidak langsung seperti penyewaan hartanah kepada firma dalam sektor yang bergantung kepada permintaan luar seperti kewangan dan sektor insurans.

Jumlah bahagian eksport sektor pembinaan menyaksikan peningkatan 3 mata peratusan dalam tempoh yang sama, didorong oleh peningkatan dalam eksport tidak langsung segmen pembinaan bangunan.

Bagaimanapun, sumbangan eksport langsung dan tidak langsung kepada jumlah bahagian eksport berbeza mengikut sektor, menurut rencana itu.

Dalam kalangan sektor lebih bergantung kepada permintaan luar, sumbangan eksport secara langsung kepada jumlah bahagian eksport adalah yang tertinggi bagi sektor perdagangan borong, penginapan dan perkilangan – iaitu lebih tiga perempat, mencerminkan bahawa sektor ini akan lebih terdedah kepada perubahan dalam keadaan permintaan luar.

Sebaliknya, lebih separuh daripada jumlah bahagian eksport sektor perkhidmatan pentadbiran dan sokongan dan perkhidmatan profesional disumbang oleh eksport tidak langsung, menggariskan peranan penting yang dimainkan oleh sektor ini dalam memudahkan eksport sektor lain.

“Oleh itu, sementara firma dalam sektor ini masih terdedah kepada perubahan dalam keadaan permintaan luaran, cabaran dijangkakan datang daripada kaitan mereka dengan sektor lain yang bergantung kepada permintaan luaran. “

“Sebagai contoh, nilai tambahan nyata bagi sektor pentadbiran dan perkhidmatan sokongan pada suku pertama 2023 kekal di bawah paras pra-Covid (iaitu, suku pertama 2019) kerana permintaan luar untuk pengangkutan udara. Justeru, permintaan untuk penyewaan peralatan pengangkutan udara daripada perkhidmatan pentadbiran dan khidmat sokongan belum lagi kembali ke tahap pra-Covid,” tambah rencana itu.

Pada 25 Mei, MTI berkata ekonomi Singapura dijangka berkembang antara 0.5 peratus dengan 2.5 peratus pada 2023, dengan pertumbuhan mencapai pertengahan lingkungan ramalan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >