Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Permintaan sektor binaan S’pura dijangka mantap bagi 2024

Jan 15, 2024 | 04:31 PM



Permintaan keseluruhan bagi sektor binaan dijangka mantap tahun ini, dengan nilai kontrak antara $32 dengan $38 bilion bakal diberikan untuk pelbagai projek.

Menurut satu kenyataan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), permintaan itu didorong projek sektor awam, seperti projek perumahan dan prasarana awam.

Beberapa kontrak utama sektor awam yang bakal diberikan pada 2024 termasuk projek flat baru Bina Ikut Tempahan (BTO) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), projek MRT melibatkan kontrak tambahan Laluan Rentas Pulau (CRL) (Fasa 2), dan kerja prasarana bagi pembangunan Terminal 5 (T5) Lapangan Terbang Changi dan Pelabuhan Tuas.

Kontrak sektor awam lain termasuk kerja menambah baik jalan raya dan perparitan utama.

Secara keseluruhan, kontrak projek awam bagi 2024 dianggarkan bernilai antara $18 dengan $21 bilion, menurut BCA.

Permintaan binaan bagi sektor privet pula dijangka bernilai antara $14 dengan $17 bilion pada 2024.

BCA menjangka permintaan itu pada umumnya didorong pembangunan kediaman di bawah program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS), dan peluasan dua resort bersepadu di sini, iaitu, Marina Bay Sands dan Resorts World Sentosa.

Projek binaan lain bagi sektor privet termasuk pembangunan semula premis komersial, dan pembangunan hartanah pelbagai kegunaan serta kemudahan perindustrian.

Permintaan binaan bagi 2023 mencecah $33.8 bilion, disebabkan trend harga tender lebih tinggi bagi projek, usaha mempercepat pemberian kontrak bagi beberapa projek kediaman privet, dan langkah menambah projek perumahan awam HDB.

Nilai tersebut melebihi ramalan BCA sebanyak $27 hingga $32 bilion yang dibuat pada Januari 2023.

Permintaan binaan bagi sektor awam mencecah $19.5 bilion pada 2023, didorong projek utama seperti CRL (Fasa 1 dan 2), pembinaan bangunan institusi, dan projek BTO HDB.

Permintaan binaan bagi sektor privet juga meningkat daripada $12.5 bilion pada 2022 kepada $14.3 bilion pada 2023, disebabkan pembangunan kediaman di bawah GLS dan tapak jualan en-blok pada masa lalu, pembangunan bersepadu, di samping projek naik taraf hotel utama.

BCA jangkakan permintaan binaan yang meningkat dalam jangka sederhana. Ia diramal mencecah antara $31 dengan $38 bilion setahun dari 2025 hingga 2028.

Sektor awam dijangka terus memaju permintaan dan menyumbang antara $19 dengan $23 bilion setahun dari 2025 hingga 2028, dengan pelbagai projek binaan dan kerja kejuruteraan awam, masing-masing membentuk sekitar 70 peratus dan 30 peratus.

Selain projek perumahan awam, permintaan binaan bagi sektor awam dalam jangka sederhana turut disumbang oleh pelbagai pembangunan utama, seperti projek MRT termasuk CRL (Fasa 3) dan Sambungan Laluan Downtown (DTL) ke Sungei Kadut, pembangunan semula Hospital Alexandra, hospital bersepadu baru di Bedok, Pembangunan Bersepadu Toa Payoh, Pembangunan Bersepadu Siglap South dan pembangunan semula beberapa Maktab Rendah (JC).

BCA juga menjangka permintaan binaan sektor privet terus mantap dalam jangka sederhana, dengan nilai kontrak antara $12 dengan $15 bilion setahun dari 2025 hingga 2028.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >