Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Program niaga DPPMS dedah peserta kepada keusahawanan sosial

Jun 28, 2023 | 03:27 PM



Buat julung-julung kalinya, peserta program keusahawanan, Protégé Kita, akan berpeluang untuk mempelajari selok-belok keusahawanan sosial dengan lebih mendalam, hasil kerjasama Dewan Perniagaan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dengan Pusat Perusahaan Sosial Singapura (raiSE).

Menerusi kerjasama itu, peserta juga akan diberikan maklumat mengenai geran dan sokongan berkaitan industri berkaitan, lantas memperkasa mereka untuk menghasilkan impak sosial yang positif di samping mereka menjalankan perniagaan.

Program Protégé Kita adalah usaha Akademi DPPMS dengan sokongan Enterprise Singapore, bagi memperkasakan bakal usahawan dan menyediakan mereka dengan latihan dan sumber yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan.

“Kami faham bahawa memulakan perniagaan boleh menjadi mencabar, dan itulah sebabnya kami melancarkan Protégé Kita.

“Misi kami adalah untuk memperkasakan usahawan dan pemilik perniagaan dengan menyediakan sumber, bimbingan dan rangkaian yang mereka perlukan untuk berjaya,” kata presiden DPPMS Encik Abu Bakar Mohd Nor.

Menurut kenyataan DPPMS, peserta program tersebut akan menjalani kurikulum komprehensif selama lima bulan yang menggabungkan pembelajaran bilik darjah dengan peluang pengalaman, termasuk mempelajari bagaimana untuk melakarkan rancangan perniagaan, pemasaran, dan kewangan yang komprehensif, serta mengasah kebolehan rangkaian dan ‘pitching’ mereka.

Pada akhir program tersebut, peserta akan berpeluang untuk melalui sesi ‘pitching’ atau membentangkan usul perniagaan, khusus di Konvensyen Perniagaan DPPMS pada 18 Oktober kelak di mana mereka berpeluang untuk mempamerkan idea dan perniagaan inovatif mereka kepada panel pelabur dan bakal rakan kongsi yang terkenal.

Selain itu, peserta juga akan mendapat akses kepada pelbagai sumber, termasuk modul pembangunan keupayaan yang dipilih susun khas, bimbingan daripada usahawan berpengalaman dalam rangkaian keahlian luas DPPMS, dan hubungan perniagaan yang berharga.

Seramai 17 peserta daripada 25 syarikat tempatan telah mendaftar bagi program Protégé Kita, yang kini berlangsung buat kali ke-5. Antara syarikat baru yang telah daftar untuk program tersebut termasuk TudungPeople Singapore, Muscle Lab dan Meraki Academy.

Salah seorang peserta program tersebut, Encik Hafiy Adam, 22 tahun, yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara, amat mengalu-alukan peluang untuk menjalani program tersebut.

“Saya ingin belajar asas menjalankan perniagaan. Saya tidak mempunyai pengalaman atau kemahiran dalam bidang ini, tetapi saya bersemangat untuk menimba ilmu dalam pemasaran dan perakaunan. Dengan menyelami subjek ini, saya berharap dapat menguruskan perniagaan saya sendiri,” kata Encik Hafiy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >