Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat hidroponik S’pura, Artisan Green, mahu bina ladang kedua, tingkat hasil

Meterai perjanjian bersama Siemens bagi automasi, pendigitalan dan sains tanaman untuk operasi pertanian mampan
Oct 20, 2023 | 02:40 PM



Sebuah ladang hidroponik dalaman tempatan, Artisan Green, yang ditubuhkan lima tahun lalu, merancang membina sebuah ladang kedua dan meningkatkan pengeluarannya menjelang akhir 2025.

Ladang baru itu akan mempunyai kawasan pengeluaran lebih besar, iaitu seluas 5,500 meter persegi, kata pengasasnya, Encik Ray Poh, kepada The Business Times pada 18 Oktober.


Ladang pertama syarikat pemula itu di Kallang seluas sekitar 300 meter persegi.

Encik Poh berkata syarikat itu berhasrat mengemukakan tender bagi sebidang tanah pada Disember, dan “sangat yakin” akan mendapatnya.

“Kami sudah lama mengusahakan perkara ini. Kami tahu teknologi yang kami bangunkan sangat sesuai untuk memperbesar skalanya,” kata Encik Poh dalam satu temu bual di sisi persidangan ‘Transformasi Perindustrian Asia-Pasifik’ di Singapore Expo.

Encik Poh menambah: “Jika kami mendapat tender itu, yang kami akan dapat, kami akan mula membina ladang itu pada suku kedua tahun depan.

“Ia akan mengambil masa sekitar 12-15 bulan, maka saya menjangka kami akan meningkatkan pengeluaran pada akhir 2025.”

Artisan Green memanfaatkan teknologi pertanian vertikal, atau tegak, untuk menghasilkan tanaman sepanjang tahun. Syarikat itu membekalkan tanaman segar kepada 41 pasar raya di Singapura, di samping melalui wadah dalam talian seperti RedMart dan GrabFood.

Kini, sekitar 90 peratus jualannya disalurkan kepada kedai runcit atau fizikal, manakala saluran dalam talian membentuk bakinya, kata Encik Poh.

Artisan Green juga berhasrat menceburi segmen perkhidmatan makanan dengan tanaman mikrohijau, yang selalunya digunakan bersama salad atau sebagai penghias.

“Setelah membina ladang lebih besar kelak, kami dapat mengurangkan kos supaya kami boleh membekalkan produk kami secara pukal kepada restoran dan hotel,” ujar Encik Poh.

Pada Rabu, Artisan Green menandatangani sebuah perjanjian untuk bekerjasama dengan konglomerat teknologi Germany, Siemens, bagi merintis “sistem pengurusan ladang bersepadu berskala”.

Perkongsian itu akan memanfaatkan automasi dan pendigitalan dan memberi tumpuan pada sains tanaman untuk memajukan operasi pertanian mampan di ladang Artisan Green.

Ini akan merangsang operasi pertanian syarikat itu dari segi mutu dan hasil tanaman sambil mengurangkan jejak karbon dan menggunakan kurang air dan tenaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >