Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Band Repvblik hadiahkan lagu cinta dua dekad

Aug 10, 2023 | 05:30 AM



Lagu-lagu yang didendangkan band Indonesia, Repvblik, seperti Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga dan Aku Takut, masih terngiang-ngiang di ingatan ramai pengikut kumpulan asal Kota Bogor, Indonesia ini.


Dalam tempoh 19 tahun band ini wujud, banyak kenangan manis yang terakam apabila peminat di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, mampu mengaitkan diri mereka dengan lagu cinta yang sudah distrim lebih 40 juta kali di gedung digital Spotify.

Setelah pelbagai rancangan berkonsert tertunda sewaktu pandemik, Repvblik yang dianggotai Ruri Herdian Wantogia, Heri Masrulah Achmad, Lafi Hariyatulafian dan Bachtiar Rahman Hamzah, akhirnya berpeluang mengadakan konsert bagi meraikan ulang tahun band ke-19 di Zepp, Kuala Lumpur, pada Jumaat (11 Ogos).

Konsert ini dibawakan khas oleh penganjur Aytie Management dan Boomset Planning. Impact Music Entertainment bertindak sebagai wakil publisiti di Singapura.

Ketika dihubungi Berita Harian, Bachtiar, selaku pemain papan nada kumpulan, berkata:


“Kami berbesar hati dapat kembali menghiburkan peminat kami di Nusantara selepas pandemik Covid-19 melanda selama lebih tiga tahun. Tempoh itu amat getir dan mencabar buat kami sebab banyak kerja seni menjelajah negara lain di luar Indonesia mahupun di dalam Indonesia terpaksa dibatalkan atau ditunda demi keselamatan ramai.

“Harapan kami kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi kerana ia sangat perit buat semua termasuk anak seni seperti kami.”

Banyak pencapaian dari segi cita-cita seni Repvblik di samping kedekatan ukhuwah sesama mereka persis sebuah keluarga besar terlaksana dalam tempoh hampir dua dekad itu.

Dengan persefahaman itu, mereka dapat terus menjana karya baru walaupun bertukar anggota atau beberapa orang yang meninggalkan band itu. Lagu-lagu baru yang terakam dalam tempoh beberapa bulan sehingga setahun lalu termasuk Pura Pura Tak Tahu, Aku Bukan Dirimu, Ditinggal Sayang, Hanya Bisa Merindu, Cinta Sempurna dan Susah Makan Tidur.


Dalam memilih lagu bagi konsert terkini ini juga membawa bersama pelbagai cabaran kerana Repvblik mahu memastikan lagu yang dipilih adalah yang dekat di hati peminat. Band ini yang memperjuangkan irama rok dan rok alternatif sudah menghasilkan lapan album. Satu lagu terkini, Sandiwara Lagi, adalah berdasarkan kisah cinta sebenar vokalisnya Ruri.


“Muzik kami selalu dipertingkatkan agar tidak kedengaran ketinggalan zaman. Irama kami rencam. Kami mahu penonton rasa santai dengan apa yang kami sajikan. Biar muzik kami jadi penawar buat semua,” tambah Bachtiar.

Konsert itu kelak turut mengetengahkan pempengaruh TikTok, Yuletta Yucha, yang kian naik namanya sebagai penyanyi.

Tiket dijual melalui laman ticket2u.com.my/Repvblik. Harganya adalah antara RM155 ($45.28) hingga RM4,800 ($1,411) (VIP Box). – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >