Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bekas bapa mentua anggap Aziz M. Osman menantu baik

Aug 08, 2023 | 11:29 AM



Bekas bapa mentua Aziz M. Osman, Lokman Ghani, menyifatkan perpisahan anaknya Puteri Lily dengan pengarah itu dibuat secara matang.

“Saya reda jodoh mereka sampai di sini. Saya tetap menganggap Aziz sebagai anak dan ahli keluarga sendiri,” kata Lokman, seorang pengarah teater, ketika dihubungi Harian Metro.


Beliau juga menjelaskan dirinya sudah dimaklumkan lebih awal oleh Puteri Lily dan Aziz bahawa mereka hendak bercerai awal Julai lalu.

“Aziz dan Lily berjumpa saya memaklumkan yang mereka sudah buat keputusan mahu berpisah (cerai). Sebagai bapa, tentulah saya rasa sedih, tetapi menghormati keputusan mereka dengan baik.

“Dulu pun ketika nak berkahwin, mereka yang pilih dan buat keputusan. Jadi, apabila mahu berpisah, mereka juga yang buat keputusan. Cuma, sampai sekarang saya masih tidak tahu apa punca sebenar yang membawa kepada perceraian.

“Selama 13 tahun ini, saya melihat hubungan rumah tangga mereka baik-baik sahaja. Lily pun tak pernah mengadu atau bercerita kisah rumah tangganya kepada saya.

“Jadi, saya fikir mereka bahagia sajalah,” katanya.

Pada Ahad, Puteri Lily, 32 tahun, membuat perkongsian di Instagram Story (IGs) memaklumkan dirinya dan Aziz, 55 tahun, yang juga pelakon popular sudah sah bercerai talak satu, awal bulan lalu.

Tujuan perkongsian hantaran dibuat kerana Puteri Lily mahu mengelak fitnah. Malah, anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Aziz iaitu Puteri Nur Azzahra, 11 tahun, juga mengetahui dan menerima keputusan perpisahan itu.

Lokman berkata, beliau reda dan menganggap jodoh anak keempat daripada lima beradik itu sudah ditetapkan Allah dan hanya bertahan selama 13 tahun.

Katanya, Aziz juga adalah menantu yang baik.

“Saya mohon doakan yang terbaik untuk mereka. Malah, sudah sebulan Aziz dan Lily bercerai, saya lihat hubungan mereka tetap baik seperti biasa.

“Apapun, saya akan terus mendoakan kebahagiaan mereka,” katanya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Aziz bagi mendapatkan kenyataannya berhubung perceraian tidak berjaya apabila pengarah itu tidak menjawab panggilan telefon dan membalas pesanan.


Aziz dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010. Mereka dikurniakan dua anak, Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan yang kini berusia lima tahun.

Pernikahan bersama Puteri Lily adalah yang keempat buat Aziz. Sebelum ini, Aziz mendirikan rumah tangga kali kedua dengan penerbit dan pelakon, Nor Aliah Lee dan dikurniakan enam cahaya mata.

Sebelum bernikah dengan Nor Aliah Lee, Aziz pernah berkahwin dengan wanita Singapura dan memiliki seorang anak perempuan daripada perkahwinan itu.

Aziz juga berkahwin kali ketiga dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008, namun dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh idah ketika majlis pernikahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >