Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kaka Azraff minta Warner Music M’sia jelas kontrak ditamat mendadak

Dec 07, 2023 | 03:20 PM



Penyanyi Malaysia, Kaka Azraff, memohon syarikat rakaman Warner Music Malaysia, agar memberi penjelasan berhubung tamatnya kontrak rakaman secara tiba-tiba tanpa alasan munasabah pada 1 Disember.

Menurut Kaka, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang berhubung kesan selepas penamatan kontrak sekiranya tiada jalan penyelesaian.

“Sebagai artis rakaman dan antara paling lama di Warner Music Malaysia, saya percaya saya seharusnya diberikan penjelasan rasmi mengapa pihak pengurusan memutuskan menamatkan kontrak.

“Saya tidak terkilan kontrak ditamatkan kerana percaya rezeki Allah luas.

“Namun, saya terkilan kerana ia ditamatkan secara tiba-tiba tanpa menyatakan sebab jelas atau ruang perbincangan walaupun tempoh notis diberikan selama 30 hari,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) Online menerusi sidang media khas.


Ditanya sama ada pernah bersemuka dengan pihak pengurusan, Kaka berkata pertemuan berlaku pada 30 November, namun mereka hanya memintanya menandatangani surat penamatan kontrak.

“Kami ada berjumpa, tapi bukan berbincang. Saya tidak menandatangani surat sebab saya perlu memperhalusi terma bersama peguam.

“Mereka menegaskan tindakan saya bercanggah dengan dasar global,” katanya.

Mengulas tindakannya, Kaka menyatakan beliau hanya membalas hantaran menerusi pesanan langsung kepada pelakon Australia, Nathaniel Buzzolic, sekali gus menolak dakwaan menyebarkan perkara itu sebagai ucapan kebencian atau hate speech.


“Saya bukan anti-Semitic dan tidak bersifat perkauman seperti didakwa. Saya hanya meluahkan pendapat peribadi kepada individu itu, bukan memberikan komen secara terbuka.

“Saya akui, mungkin pilihan kata-kata saya agak keras, tetapi itu menggambarkan kemarahan saya pada waktu itu, bahkan sehingga kini apabila menyaksikan ketidakadilan dan kekejaman berlaku di hadapan mata seluruh dunia.

“Mungkin saya seharusnya memilih kata-kata lebih sopan, namun saya tidak nafikan soal ini.

“Saya tidak ingin memandang ke belakang lagi,” katanya.

Peguam yang mewakili Kaka iaitu Encik Aidil Khalid daripada Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil, berkata ketidakadilan secara terang berlaku apabila kontrak hanya memberikan keuntungan kepada pihak label, malah Warner Music Malaysia turut meletakkan klausa baru.

“Kita buka ruang berbincang dengan Warner Music Malaysia sebab selepas penamatan kontrak ada kesan terhadap Kaka.


“Kalau perbincangan berjalan dengan baik, kami boleh selesaikan dengan baik. Kalau sukar mendapatkan persetujuan, kemungkinan kes ini akan dibawa ke mahkamah, namun masih terlalu awal untuk bercakap soal ini,” katanya.


Tambah Encik Aidil, perjanjian rakaman antara Kaka dengan Warner Music Malaysia sepatutnya masih berbaki beberapa tahun dengan pilihan untuk diperbaharui serta dilanjutkan dari semasa ke semasa seperti kontrak sebelum ini sejak 2018 lagi.


“Bagaimanapun, Kaka diserahkan dengan satu Notis Penamatan oleh pihak pengurusan Warner Music Malaysia pada 1 Disember lalu.


“Seperti diteliti, Notis Penamatan itu hanya memaklumkan bahawa ia akan berkuat kuasa pada 31 Disember ini, iaitu tempoh notis selama 30 hari, tetapi tidak menyatakan sebab mengapa ditamatkan.

“Namun, tiada sebarang sebab munasabah diberikan oleh pihak pengurusan dalam Notis Penamatan, jadi kami meminta mereka memperjelaskan perkara ini. Adakah penamatan disebabkan oleh pesanan langsung Kaka yang bersimpati terhadap rakyat Palestin serta menempelak Israel?

“Sekiranya tidak benar, maka sila nafikan dan berikan sebab mengapa penamatan kontrak Kaka diputuskan sedemikian,” katanya.

Syarikat rakaman Warner Music Malaysia pula mengesahkan mengenai dakwaan penamatan kontrak Kaka berikutan kelantangannya mengenai isu Palestin.

Warner Music, dalam satu kenyataan, berkata mereka sentiasa menyokong hak kebebasan bersuara dalam kalangan artis naungannya, tetapi keputusan harus dibuat berhubung tindakan Kaka itu.

“Kaka adalah seorang artis yang sangat berbakat, tetapi malangnya kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung (DM) yang dipaparkan dalam talian,” jelas kenyataan itu.

Difahamkan, kontrak Kaka dan Warner Music Malaysia ditamatkan walaupun sepatutnya berakhir pada April 2024.

“Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama,” katanya tanpa menyatakan bila tarikh kontrak ditamatkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >