Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kontrak Siti Nordiana batal, tidak disambung akibat ‘live’ Instagram

Oct 06, 2023 | 06:23 PM



KUALA LUMPUR: Akibat siaran langsung melalui Instagram yang dibuat lima individu, tiga kontrak iklan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias, telah dibatalkan mahupun tidak disambung.


Dalam masa yang sama, Siti Nordiana yang juga dikenali sebagai Nana, tidak lagi menjadi duta produk setelah individu-individu berkenaan dikatakan memburukkan dirinya, lapor laman Kosmo! Online.


Pengurus kepada Siti Nordiana selaku plaintif, Mohammad Al Anas Osman, 39 tahun, yang juga saksi plaintif kedua berkata, tiga kontrak iklan komersial itu – satu dibatal dan dua lagi tidak disambung.

“Pembatalan dan kontrak yang tidak disambung diterima selepas Siti Nordiana selaku plaintif memfailkan saman terhadap lima defendan itu,” kata Anas.

Beliau berkata demikian ketika disoal peguam, Azlan Abdul Razak yang mewakili
Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 38 tahun; isterinya Nur Sheila Hassim, 38 tahun; dan Zuraidah Badron (Syura), 37 tahun, selaku defendan di Mahkamah Tinggi pada 5 Oktober 2023.

Mengulas lanjut mengenai kontrak itu, Anas turut berkata, kontrak komersial Siti Nordiana tidak terhad kepada jenama komersial Malaysia semata-mata malah turut melibatkan jenama komersial dari luar negara.

Terdahulu Anas turut mengatakan kesan daripada siaran langsung Instagram yang dibuat oleh defendan-defendan telah menyebabkan nama baik Siti Nordiana dalam kalangan masyarakat terjejas teruk.

Ini kerana katanya, siaran langsung Instagram tersebut melalui rakaman YouTube telah mencecah ratusan ribu penonton sehingga hari ini.

“Kesan buruk jangka panjang pula melibatkan kontrak-kontrak komersial kerana pengusaha-pengusaha komersial itu secara umumnya meletakkan syarat am yang mana personaliti tajaan mereka hendaklah seorang yang tidak mempunyai isu kontroversi dan sentiasa berkelakuan baik,” ujar Anas.

Beliau turut mengatakan dirinya juga banyak menerima pesanan merujuk kepada siaran langsung Instagram yang memburukkan nama Nana pada awal pagi 21 Julai 2021 melalui laman sosial Facebook.

Sejurus selepas siaran langsung Instagram itu, pada hari yang sama, Anas menghubungi peguam yang kemudian menasihati Nana agar membuat laporan polis selain meneruskan tindakan undang-undang terhadap defendan-defendan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohd Johan dijadual bersambung pada 30 Oktober.

Siti Nordiana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021.

Beliau menamakan Lan Solo, isterinya Nur Sheila Hassim, Syura Badron, pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45 tahun, serta jurusolek artis, Razidah Ahmad Senusi, 43 tahun, sebagai defendan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >