Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pasta perisa unik di sebalik juadah inspirasi Italy

Sep 09, 2023 | 05:30 AM



Pernah mencuba pasta warna-warni dengan perisa unik seperti mangga atau nanas?

Itulah konsep unik dan menarik di kafe 2KulGuyz, yang diinspirasikan dari Italy.







Mereka menghasilkan pasta mereka sendiri menggunakan mesin. Pasta itu kemudian dikeringkan selama tiga hari.

Idea untuk kafe 2KulGuyz tercetus apabila Cef Shukor Sazali dan Ketua Pegawai Operasi, Encik Ibrahim Wee sering bertemu untuk bermain permainan blaster serupa dengan pistol Nerf.

Cinta mereka terhadap makanan memberi inspirasi kepada mereka untuk membuka trak makanan bersama-sama pada 2021.

“Selepas pandemik reda, kami mula menyertai banyak bazar makanan dengan yang pertama terletak di Woodlands. Dengan sambutan positif daripada pelanggan kami, kami meneroka kawasan lain seperti Bukit Panjang dan Tampines yang membantu mewujudkan kesedaran tentang jenama kami,” kongsi Encik Ibrahim.

Antara hidangan yang dijual di bazar itu ialah Smoked Beef Bolognese, Lasagna dan Truffle Mushroom Pizza.


“Peralihan dari bazar ke kafe tentunya berbeza. Ada saat di mana saya tidak tahu apa yang saya boleh jangkakan kerana di bazar kami lebih mengetahui tentang trend dan tempoh sibuk.

“Di kafe ini, waktu makan tengah hari sentiasa sibuk, diikuti dengan makan malam apabila ramai pelanggan kami selesai bekerja,” tambah Encik Ibrahim yang membuka kafe itu pada Mac lalu.

Cef Sazali yang mempunyai pengalaman luas dalam industri makanan dan minuman (F&B), telah bekerja di pertubuhan terkenal seperti COVA Pasticceria serta bekerja dengan cef berbintang Michelin, Cef Michele Sorrentino.

“Saya mendapat inspirasi untuk perisa dan hidangan pasta baru setiap kali saya berada di pasar raya, dengan semua pasta kami yang dihasilkan sendiri,” kongsi Cef Sazali.

Pasta itu dibuat sendiri dengan cara menggulung dan pemotongan berbeza dengan menggunakan mesin pasta yang diimport dari Italy.

Pasta itu diselitkan dengan perisa menarik yang tidak terlalu menyerlah seperti mangga, cili dan limau, ‘bubble gum’, nanas dan sotong hitam.

Squid Ink Sauce Pasta (pasta sotong hitam), Smoked Duck Aglio (pasta itik salai dengan bawang putih) dan Bone Marrow Garlic Bread (roti bawang putih dengan sumsum tulang) adalah antara beberapa hidangan yang dijual di 2KulGuyz yang digemari pelanggan.


Satu lagi tawaran menarik kafe yang terletak di Fusionopolis itu ialah Chef’s Pasta Special of the Day.

“Beberapa pelanggan kami akan membuat pesanan untuk pasta istimewa kami pada hari itu.

“Ia amat menggembirakan bagi saya kerana saya dapat menggunakan kreativiti dan kepakaran saya untuk menghasilkan sesuatu hidangan yang unik sambil menjalin perhubungan yang baik dengan pelanggan kami,” kata Cef Sazali. – DAHLIA ZULKIFLI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >