Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pereka fesyen S’pura setuju siap busanauntuk Ayai Ilusi

Walau sibuk dengan tugas hasilkan pakaian pengantin, Adam Rashid, tidak ketepi rezeki ‘All Stars Gegar Vaganza’
Sep 30, 2023 | 05:30 AM



Melihat kesibukannya menyiapkan busana pengantin bagi pelanggan di Singapura, pereka fesyen setempat, Adam Rashid, awalnya enggan memberi komitmen untuk peraduan realiti All Stars Gegar Vaganza yang sedang hangat bersiaran di saluran Astro Ria setiap Ahad.

Bagaimanapun, Adam, 41 tahun, yang buat kali ketiga menghasilkan reka cipta bagi peserta Gegar Vaganza (GV) termasuk bakat Singapura, Hazrul Nizam, tahun lalu, tidak sampai hati apabila diberitahu baju itu kelak akan digayakan peserta veteran, Ayai Ilusi.


Ayai, 61 tahun, adalah peserta paling veteran dan merupakan juara GV musim pertama pada 2014.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Adam yang sebelum ini dikenali dalam kalangan selebriti Malaysia termasuk Elly Mazlein dan Fasha Sandha, berkata:


“Saya begitu sibuk mengendalikan persalinan pengantin di Singapura saban minggu. Saya mulanya nak tolak tawaran ini kerana enggan hilang fokus pada tugasan dan perniagaan saya.

“Bagaimanapun, apabila mendengar sut itu kelak untuk Abang Ayai dan beliau pula menetap di Johor Bahru, saya terfikir tak jauh dari Singapura. Bolehlah juga.

“Maka pada minggu pertama Ahad lalu, saya akur dengan permintaan Astro yang ingin saya siapkan pakaian yang kena dengan tema lagu, Cinta Beralih Arah yang ada pesanan ketuhanan. Ia lagu asal Datuk Aishah.”


Adam menambah seperti biasa, pilihan fabrik, warna dan corak busana itu memainkan peranan penting agar tidak bercanggah dengan kesan pencahayaan LED di pentas sewaktu persembahan artis.

“Setelah tiga kali saya bikin busana untuk GV, saya menyedari kecekapan diperlukan dalam memikirkan rekaan yang sesuai dalam kesuntukan masa. Kepantasan juga amat diperlukan kerana waktu yang diberi terlalu singkat iaitu sehari dua bagi persembahan minggu selanjutnya.

“Minda yang positif juga perlu sebab kadangkala sewaktu sesi latihan dengan pakaian yang lengkap perlu digayakan artis, kita baru tahu bahawa ada beberapa baju yang disiapkan untuk artis tertentu ditolak. Sebagai pereka fesyen, kita perlu cekal dan bikin yang baru atau ubah suai.

“Saya pernah diuji sewaktu GV7 tetapi saya menganggapnya sebagai cabaran yang sihat dan kita harus terima dan cekap menanganinya,” ujar Adam.

Sebelum ini, baju yang Adam hasilkan buat Hazrul Nizam pernah juga menimbulkan tanda tanya dan teguran juri, Datuk Syafinaz Selamat. Beliau menganggapnya kurang menyerlahkan ketampanan Hazrul. Adam bagaimanapun menyatakan beliau hanya ikut permintaan pihak penerbitan dan tidak melakukannya atas gerakan hati sendiri.

“Tidak ramai yang tahu ada beberapa lapisan komunikasi dalam kita menyiapkan busana artis GV. Ia tidak semudah kita beri idea, merealisasikannya dan kemudian digayakan artis. Pihak penerbitan program yang selalunya akan beri pandangan dan meminta pengubahsuaian.

“Kadangkala kita sendiri tak tahu mengapa mereka buat keputusan tertentu. Kita sebagai pereka fesyen perlu akur dan ikut walaupun kadangkala rasa baju itu macam tak kena,” jelas Adam.

All Stars Gegar Vaganza adalah konsep baru bagi meraikan ulang tahun sedekad GV yang digemari ramai di Nusantara. Seramai 10 juara GV bagi sembilan musim mengambil bahagian dengan enam lagi artis ‘hot seat’ yang merupakan finalis GV diundi peminat untuk sama-sama membahangkan pentas persaingan.


Nantikan siapa yang akan berada di tangga tertinggi konsert minggu kedua GV yang bermula pada 9 malam di saluran Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) pada Ahad.

Bolehkah artis lain mengatasi kehebatan Naqiu yang menjuarai pusingan pertama?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >