Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Teka-teki hubungan Hasnul Rahmat dengan Sherie Merlis

Feb 22, 2024 | 04:54 PM



Pelakon kelahiran Singapura, Hasnul Rahmat, 53 tahun, tampil menjelaskan dakwaan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Sherie Merlis.

Menurut laporan laman Xtra, Hasnul atau nama lengkapnya, Hasnul Rahmat Mustafa, dilihat masih berteka-teki mengenai dakwaan tersebut.


“Kucing saya yang pertama bernama Ghazal, kedua Disko, Inang... Semua nama muzik.

“Hubungan saya dengan kucing rapat, tapi ada masanya kena tinggal juga.

“Jadi, itu lagi peribadi daripada perkara lain-lain. Kalau kucing tak makan, saya akan berleter, kena selalu jaga. Kasih sayang itu kena ada.

“Sebagai pelakon, kita juga manusia, perlu ada sifat kemanusiaan, begitu juga soalan diajukan. Kita boleh cakap benar atau sebaliknya.

“Soalan ini perlu diatur dengan terbaik. Jika tidak, saya takkan jawab,” komen Hasnul.

Hasnul ditemui pada majlis tayangan perdana filem pendek, Misi Ainaa, terbitan Ainaa Beauty di Putrajaya pada 21 Februari.


Diaju soalan bilakah akan hidup berdua, ini jawapan Hasnul.

“Kali pertama saya cintakan ibu dan arwah bapa. Saya perlu fokus kepada ibu sekarang kerana dia tidak sihat.

“Apa-apa soalan atau fitnah dilemparkan saya okey sahaja, janji saya tidak aniaya dan zalimi orang.

“Bagi saya, senang saja, setiap kerja perlu ada kejujuran, ikhlas dan niat yang baik. Insya-Allah, benda baik akan datang.

“Banyak aspek kebaikan yang Tuhan beri. Doakan yang baik-baik.

“Yang baik bagi saya kita diam sahaja, sebab yang jahat pula akan ada orang bercerita. Kita kena ada kemanusiaan,” tambahnya.

Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Hasnul dan Sherie Merlis sedang menjalin hubungan cinta dan sering keluar bersama.

Kita doakan yang terbaik sahaja buat kededuanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >