Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tumpuan bangun kampung pelancongan di Jawa Barat

Oct 01, 2023 | 05:30 AM



Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Jawa Barat akan memberi tumpuan lebih besar dalam membangunkan perkampungan pelancongan pada 2023 bagi menarik lebih ramai pelancong.

“Perkampungan pelancongan berpotensi menarik pelancong asing ke Jawa Barat. Fokus pembangunan pelancongan juga selari dengan peraturan wilayah yang sedia ada. Justeru, inilah yang sedang kita perkasakan di Jawa Barat,” jelas Ketua Pelancongan Jawa Barat dan Pejabat Kebudayaan, Encik Benny Bachtiar baru-baru ini.

Bagi membangun perkampungan pelancongan yang bertujuan menarik pelancong asing, pejabat itu akan mendapatkan maklum balas dan sumbangan idea daripada diaspora Indonesia di Australia untuk membincangkan keperluan pelancong asing yang perlu dipenuhi oleh Jawa Barat, katanya.

“Diaspora biasanya membawa pelancong ke Indonesia tetapi tidak ke Jawa Barat kerana Jawa Barat disifatkan belum bersedia,” katanya.

Menurut Encik Benny, perkampungan pelancongan boleh dijadikan pilihan bagi pelancong asing yang berkunjung ke wilayah Jawa Barat. Atas sebab itu, perkampungan pelancongan telah menjadi perkara paling penting dan akan diberi tumpuan pada 2023.

“Sebab sehingga kini, Jawa Barat masih belum dapat menyediakan destinasi pelancongan yang diminta oleh pelancong asing. Namun begitu, kami cuba menarik pelancong tempatan atau luar negara,” katanya.

Kemajuan pembangunan pelancongan di Jawa Barat telah mencapai prestasi cukup baik. Pada 2022, lima kampung pelancongan Jawa Barat telah dimasukkan ke dalam senarai ‘Anugerah Top 50 Kampung Pelancongan Indonesia (ADWI) Terbaik’, pilihan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.

Lima kampung pelancongan tersebut ialah Kampung Cisande di Kecamatan Sukabumi; Gegesik Kulon di Kabupaten Cirebon; Kampung Alam Endah di Kabupaten Bandung; Desa Selasari di Kabupaten Pangandaran, dan Kampung Saung Ciburial di Kabupaten Garut.

“Insya-Allah, kita akan jemput perwakilan diaspora untuk berbincang mengenai prasarana yang diperlukan atau boleh menarik pelancong asing berkunjung ke Jawa Barat,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Jawa Barat telah melantik 108 penjana kandungan yang berkhidmat sebagai duta pelancongan yang bertanggungjawab mempromosikan destinasi pelancongan di wilayah itu melalui akaun media sosial mereka sejak 2022.

“Ini adalah cara baru untuk mempromosikan sektor pelancongan yang meletakkan dirinya sebagai tulang belakang ekonomi Jawa Barat hari ini. Jawa Barat menyasarkan 40 juta kunjungan pelancong setahun,” kata Gabenor Jawa Barat, Encik Ridwan Kamil.

“Promosi pelancongan tidak boleh lagi berdasarkan amalan lama seperti pemasangan papan iklan besar-besaran. Corak promosi hari ini berbeza,” katanya lagi.

Sebaliknya, promosi pelancongan melalui dunia digital menjadi pilihan semasa memandangkan tumpuan orang ramai terhadap media sosial, katanya.

“Oleh kerana kita kini hidup dalam era digital, (jadi) pemasaran digital adalah pilihan. Dalam pemasaran digital, kita tidak menyewa pejabat besar tetapi menggunakan kewartawanan warganegara,” tambah Encik Ridwan lagi.

Beliau berharap promosi digital pelancongan akan menjadi garis panduan serta memberi maklumat mengenai tarikan baru yang tidak diketahui secara meluas.

“108 duta pelancongan ini akan muncul pada peranti pelancong yang datang ke Jawa Barat supaya ia meningkatkan kunjungan pelancongan, di mana kita tidak terlalu menumpukan kepada pelancong asing,” katanya sambil menyatakan wilayah itu memberi tumpuan untuk menarik pelancong serantau juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >