Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Banjir dilaporkan di JB, beberapa kawasan Johor lain

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Banjir dilaporkan di JB, beberapa kawasan Johor lain

Jan 04, 2024 | 04:16 PM



JOHOR BAHRU: Beberapa kawasan di Johor termasuk Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan di bandar Johor Bahru dinaiki air selepas dua hari hujan berterusan.


Sejajar dengan keadaan itu, tiga daerah di Johor membuka pusat pemindahan sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menyatakan seramai 234 mangsa yang dipindahkan dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat di Tebrau telah mendapatkan perlindungan di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya.

Ia mendedahkan bahawa Kampung Bukit Dagang dan Lorong Mak Piah turut terjejas dan proses pemindahan sedang dijalankan, setakat 2 petang, 4 Januari, lapor The Star.


Kawasan lain yang menyaksikan air naik ialah Taman Aman dan Taman Mawai di Kota Tinggi, di mana dua PPS telah dibuka untuk memberi perlindungan kepada mangsa.

“Kami masih mengumpul data jumlah mangsa yang dipindahkan di Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Pada masa ini, dua PPS di Mersing menempatkan 52 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Air Papan dan Kampung Tenglu.

“Satu PPS beroperasi di Kluang untuk melindungi 44 mangsa daripada 14 keluarga di Kampung Contoh, Kahang,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan pada 4 Januari, sambil menambah bahawa jumlah mangsa berdaftar di empat kawasan itu berjumlah 330 orang.

Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Negeri Johor, tiga jalan di Mersing terputus hubungan akibat banjir membabitkan Jalan Kampung Orang Asli Peta, Jalan Johor Bahru-Endau dan Jalan Batu Pahat-Jemaluang.

Empat jalan di Kota Tinggi yang turut terjejas akibat banjir tidak terputus hubungan, namun ada yang hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk (lebat) sehingga 7 Januari di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala amaran hujan berterusan tahap waspada di Batu Pahat dan Pontian.

Laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menyatakan paras Sungai Johor di Kulai dan Sungai Kahang di Kluang sudah melepasi aras amaran, manakala Sungai Muar di Segamat, Sungai Ayer Hitam di Pontian dan Sungai Skudai di Johor Bahru melepasi aras waspada.

Selain itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menasihati rakyat Johor agar sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa terutama untuk berpindah ke PPS sekiranya banjir melanda.

Beliau berkata patuh pada arahan pihak berkuasa itu amat penting bagi keselamatan diri dan keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >