Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Dua warga M’sia ditangkap paksa warga kurang upaya China mengemis di Johor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Dua warga M’sia ditangkap paksa warga kurang upaya China mengemis di Johor

Jan 24, 2024 | 11:06 AM



JOHOR BAHRU: Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemerdagangan manusia dalam satu serbuan di dua rumah di Taman Abad dan Taman Century di sini.


Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata polis juga menyelamatkan empat warga kurang upaya China, yang dipaksa sindiket itu mengemis wang di sekitar pusat bandar.

Serbuan itu dilakukan pada 22 Januari oleh Bahagian Anti-Maksiat Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) polis Johor.

“Pasukan itu menahan dua lelaki tempatan berusia 39 tahun dan 79 tahun yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia yang mengeksploitasi warga China yang kurang upaya untuk mengemis di bandar ini.

“Kami telah menyelamatkan dua lelaki dan dua wanita berusia antara 36 dengan 61 tahun semasa operasi itu,” kata Datuk Kamarul Zaman dalam satu kenyataan pada 23 Januari, lapor The Star.


Pasukan itu juga merampas enam telefon bimbit, dua kenderaan, dan wang tunai sebanyak RM15,094 ($4,274).

“Turut diketahui bahawa setiap mangsa boleh memperoleh pendapatan sehingga RM500 seorang sehari, dan kesemua mereka mengemis di bandar sejak enam bulan lalu.”

Kes itu disiasat di bawah kesalahan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, yang membawa hukuman penjara dari lima tahun hingga seumur hidup dan sebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >