Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Isteri Daim didakwa gagal isytihar harta

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Isteri Daim didakwa gagal isytihar harta

Jan 23, 2024 | 10:59 AM



KUALA LUMPUR: Isteri kepada mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Januari, kerana gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta.

Bagaimanapun, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, 67 tahun, mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Cik Azura Alwi.

Mengikut tuduhan, Toh Puan Na’imah didakwa memberi satu pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023.

Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan, notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.


Kesalahan didakwa dilakukan di ibu pejabat SRPM, Putrajaya, pada 13 Disember 2023, mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM100,000 ($28,309) jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Toh Puan Na’imah hadir dengan memakai baju kurung hijau dan diiringi beberapa individu dipercayai peguamnya sebelum memasuki lobi mahkamah pada 8.30 pagi.

Dia kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh puluhan pengamal media yang yang berkumpul sejak pagi.

Toh Puan Nai’mah pada 22 Januari dilaporkan berkata pasukan pegawai SPRM merakam keterangannya di hospital suaminya dirawat.

“Ini berlaku walaupun saya memberi jaminan kepada mereka saya akan memberi kenyataan sebaik saja prosedur perubatan suami saya selesai pada hari Selasa (23 Januari).

“Saya kemudian diberitahu bahawa saya akan didakwa esok (23 Januari) pada 9 pagi mengikut Seksyen 36(2) SPRM 2009 kerana kononnya gagal mematuhi notis meminta untuk mendedahkan maklumat mengenai aset,” katanya dalam kenyataan lapor BHM.

Pada 10 Januari lalu, Toh Puan Na’imah bersama dua anaknya, Encik Muhammed Amin Daim dan Encik Muhammed Amir, memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, bagi membantu siasatan rasuah terhadap Tun Daim.

Tun Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan Umno ketika parti itu mentadbir negara.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun 2023 membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.


Pada 21 Disember, SPRM turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, milik Tun Daim di Kuala Lumpur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >