Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kadar cukai perkhidmatan lebih tinggi bermula Mac

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kadar cukai perkhidmatan lebih tinggi bermula Mac

Jan 23, 2024 | 02:47 PM



PETALING JAYA: Bermula Mac 2024, rakyat Malaysia perlu membayar lebih tinggi untuk menjalani kehidupan seharian termasuk bagi kegiatan hujung minggu, susulan keputusan kerajaan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus.


Segala-galanya daripada kegiatan riadah dan lawatan, rundingan dengan pengamal perubatan tradisional, kegiatan libur di karaoke dan khidmat penghantaran antara yang turut terkesan dengan kenaikan cukai itu.

Menurut laporan The Star, pengecualian cukai berkenaan hanyalah pada sektor makanan dan minuman, telekomunikasi dan perkhidmatan tempat letak kenderaan.


Perkhidmatan logistik, yang tidak dikenakan cukai sebelum ini, juga akan dikenakan cukai pada Mac 2024, tetapi pada kadar 6 peratus.

Berdasarkan notis di laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), cukai perkhidmatan digital untuk perkhidmatan digital berasaskan luar negara juga akan menyaksikan peningkatan kepada 8 peratus.

Ini bermakna langganan bulanan RM55 ($15.57) untuk perkhidmatan penstriman video mungkin menelan kos tambahan RM13 lagi untuk setahun.

Sumber Kastam memberitahu The Star pengumuman mengenai peningkatan kadar cukai perkhidmatan itu akan dibuat tidak lama lagi.


Presiden Persekutuan Penghantar Fret Malaysia, Datuk Tony Chia, berkata perkhidmatan logistik mendasari hampir semua kegiatan kepenggunaan, justeru apabila sektor yang sebelum ini terkecuali daripada cukai mula dikenakan cukai pada Mac, pengguna akhirnya perlu membayar lebih untuk banyak perkara.

Beliau berkata ini kerana sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semasa tidak menghapuskan kesan cukai bertingkat atau ‘cukai atas cukai’, pada setiap peringkat pengeluaran.

Katanya, pemain industri telah meminta pengecualian dari perniagaan ke perniagaan (B2B) untuk mengelak ‘pengeluaran kos’ ke bawah rantaian logistik kepada pengguna.

“Namun, setakat ini belum ada pengesahan pengecualian daripada kerajaan. Masalah yang dihadapi oleh ahli kami ialah, bagaimana kami mengenakan cukai perkhidmatan pada Mac nanti,” katanya.

Skop perkhidmatan bercukai juga telah diperluaskan dan menurut Datuk Chia, beberapa perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai sebelum ini akan mula dikenakan cukai.

Ini termasuk perkhidmatan perkapalan, pengangkut biasa bukan kendalian kapal (NVOCC), penghantaran barang, pengangkutan dan logistik rantaian sejuk,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >