Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kanak-kanak maut dihempap konkrit dapur rumah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kanak-kanak maut dihempap konkrit dapur rumah

Feb 13, 2024 | 11:08 AM



BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai dihempap dinding konkrit dapur rumah yang sedang dalam pembinaan oleh bapanya, di Kampung Padang Lalang Besah, Mukim Tawar, Kuala Ketil, Baling, Kedah.


Dalam kejadian malang kira-kira 10.30 pagi 12 Februari itu, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tawar, Kuala Ketil sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 12 tengah hari 12 Februari daripada pegawai perubatan klinik berkenaan berhubung kematian kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata bapa mangsa hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya itu selepas dihubungi isteri dan memaklumkan anak mereka dihempap dinding konkrit di kawasan belakang dapur rumah mereka yang baru dibina.

“Ketika kejadian, bapa mangsa yang berusia 39 tahun sedang bekerja di sebuah kilang di Kuala Ketil, manakala ibu kanak-kanak itu sedang memasak di dapur.

“Sebelum kejadian, ibu kanak-kanak lelaki itu sudah beberapa kali memberi amaran dan menasihatkan dua anaknya supaya tidak bermain di sekitar kawasan binaan tambahan ruang dapur yang sedang dibina bapa mereka.

“Malah ibu mereka juga menyuruh mangsa dan adiknya yang berusia empat tahun masuk ke dalam rumah namun tidak diendahkan mereka dan terus bermain di sekitar tempat kejadian,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 13 Februari.


Encik Shamsudin berkata tidak lama kemudian ibunya terdengar bunyi kuat di ruang tempat pembinaan dapur itu sebelum mendapati anaknya dihempap dinding konkrit menyebabkan pendarahan di badannya.

Beliau berkata adik mangsa turut ditimpa batu-bata dinding berkenaan, namun hanya mengalami cedera ringan.

“Ibu mangsa kemudian meminta bantuan daripada jiran bersebelahan rumah mereka untuk menghantar kedua-dua anaknya itu ke Klinik Kesihatan Tawar.


“Namun, sebaik tiba di klinik berkenaan, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, untuk bedah siasat,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >