Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kasut dengan logo mirip kalimah suci pula jadi isu di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kasut dengan logo mirip kalimah suci pula jadi isu di M’sia

Apr 08, 2024 | 03:16 PM



Selepas hangat dengan kontroversi stoking bercetak kalimah Allah, Malaysia sekali lagi digemparkan dengan penemuan kasut berjenama tempatan yang tertera logo mirip kalimah suci itu di bahagian tapak kasutnya pada 7 April.

Insiden itu sekali gus mencetuskan kemarahan umat Islam yang menyifatkan ia satu lagi cubaan menghina kesucian kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Sehingga 8 April, dilaporkan lebih 1,145 pasang kasut itu telah dirampas di seluruh negara dan jumlahnya terus meningkat menerusi pemeriksaan berterusan dijalankan pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata rampasan kasut terbabit dilakukan di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melihat adakah model (logo) itu mengikut reka bentuk kasut atau melambangkan tulisan khat (kalimah Allah),” katanya.

Bagaimanapun, tindakan segera pihak pengurusan Vern’s Holding memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini, sedikit sebanyak meredakan ketegangan berkait isu itu.

Mengikut penjelasan Vern’s, logo itu 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi dan tidak berniat untuk menghasilkan logo yang bertujuan memperlekeh atau menghina mana-mana agama.

“Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak.

“Vern’s Holding telah mengambil langkah segera menghentikan penjualan kasut dan logo serta bersedia memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut,” kata kenyataan itu pada 7 April.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Salleh, yang sebelum ini lantang bersuara dan menggerakkan kempen boikot terhadap KK Mart dalam isu stoking bercetak kalimah Allah, bertindak lebih tenang kali ini dan berpuashati dengan permohonan maaf serta penjelasan Vern’s Holding.

Pengasas Verns Holdings, Datuk Seri Ng Chuan Hoo, yang selesai memberi keterangan kepada Jakim kira-kira sejam pada 8 April sekali lagi memohon maaf kepada seluruh umat Islam terhadap isu yang berlaku.

“Saya nak belajar dari kesalahan ini supaya pada masa depan akan lebih sensitif dan berhati-hati. Kita perlu hormat antara satu sama lain walaupun ini sebenarnya salah faham,” katanya.

Ketua Pengarah Jakim, Datin Hakimah Mohd Yusoff, berkata pihaknya memberi peringatan kepada Vern’s dan semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport di Malaysia supaya ambil peduli dan memberi perhatian serius terhadap isu sensitif membabitkan agama serta kaum.

“Hari ini (8 April), Jakim mengadakan pertemuan dengan Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s, Datuk Seri Ng Chuan Hoo, bagi tujuan siasatan serta meminta penjelasan mengenainya dan langkah pihak syarikat itu untuk mengelak isu seumpama daripada berulang.

“Pihak Vern’s sudah menjelaskan kedudukan sebenar isu terbabit dan memohon maaf. Pihak syarikat itu sudah mengambil tindakan drastik dengan menarik balik serta-merta produk terbabit dari lebih 70 cawangan Vern’s di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan pada 8 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >