JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor semakin pulih apabila semua daerah terjejas banjir di negeri itu mencatatkan jumlah mangsa banjir semakin berkurangan setakat jam 4 petang 11 Januari.
Malah, Kulai dilaporkan sudah pulih sepenuhnya daripada banjir apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di daerah itu ditutup sepenuhnya dengan 90 mangsa daripada 24 keluarga yang terakhir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, lapor Berita Harian Malaysia.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jumlah mangsa banjir kini di enam daerah terjejas di Johor berkurangan kepada 6,679 orang daripada 1,841 keluarga berbanding 6,985 orang membabitkan 1,937 keluarga pada tengah hari 11 Januari.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, PPS yang masih beroperasi di enam daerah terjejas juga tinggal 43 selepas empat PPS iaitu di Johor Bahru, Kluang, Segamat dan Kulai ditutup.
“Kota Tinggi kini mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 4,187 orang daripada 1,159 keluarga yang ditempatkan di 24 PPS.
“Johor Bahru pula menurun kepada 1,168 mangsa daripada 298 keluarga di enam PPS,” katanya.
Tan Sri Dr Azmi berkata, mangsa banjir di Kluang pula merosot kepada 1,123 orang daripada 328 keluarga yang semuanya masih ditempatkan di tujuh PPS.
Rintik hujan yang turun membasahi bumi di Singapura, enam tahun lalu, mencetus idea buat dua penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi muda, Shazza dan Umar Sirhan, mencipta karya romantis.
Setiap
Kecerdasan buatan (AI) sedang mentakrifkan semula cara perniagaan beroperasi dengan mengautomasikan tugas harian.
Bagi mereka yang pernah mengalami keajaiban produk ChatGPT, Midjourney dan seumpamanya
Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) milik hartawan, Encik Elon Musk, xAI, berjaya mengumpulkan AS$6 bilion ($8.1 bilion) dalam pendanaan siri B.
Ia kini mencapai penilaian sebanyak AS$24 bilion
Syarikat BYD China baru-baru ini melancarkan versi terkini teknologi hibrid pemalam atau ‘plug-in’ yang meningkatkan penjimatan bahan api dan kos, memperhebatkan persaingan dengan Toyota dan
Cukup saya fahami betapa liatnya nak membuat janji temu pemeriksaan kesihatan, biarpun, dalam hal seperti saya, kosnya ditanggung oleh majikan.
Prosesnya juga bukan menyeronokkan... tekan sana, tekan
Sering kita dengar masa skrin yang lama dan tidak terbatas membawa kesan padah kepada kanak-kanak.
Tetapi tahukah anda bahawa masa skrin ibu bapa juga mempunyai kesan terhadap pembangunan anak?
Pendig
Wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan barah harus menjalani ujian DNA tanpa mengira usia untuk melihat jika mereka mempunyai gen kanser keturunan yang bermutasi, yang meningkatkan risiko
Anda seorang ibu yang tinggal di rumah (SAHM) dan mahu kembali ke alam pekerjaan? Membayangkan langkah menuju ke alam yang sudah lama ditinggalkan atau belum sempat mencuba, boleh menimbulkan rasa
Sepanjang meniti perjalanan sebagai anak seni selama 17 tahun, pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Muhammad Syafie Naswip, sering diberi watak dengan bebanan emosi yang mampu merentap tangkai hati
Dengan sinaran mentari yang kerap terik, adalah penting menggunakan krim pelindung matahari dan pelindung suria bagi membantu menjaga kulit agar selamat dan sihat.
Bahkan ramai yang tidak menyedari

Katanya, Segamat juga menunjukkan penurunan kepada 95 mangsa daripada 28 keluarga yang masih berada di tiga PPS dan Pontian menurun kepada 17 orang kepada empat keluarga di satu PPS.
“Batu Pahat saja yang kekal dengan 83 mangsa daripada 24 keluarga di dua PPS,” katanya.
Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, masing-masing satu jalan di Kota Tinggi, Mersing dan Kluang yang masih terjejas banjir selepas dinaiki air dan semuanya masih ditutup bagi laluan semua jenis kenderaan.
Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) pula tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan atau ribut petir di mana-mana kawasan negeri Johor.
Sehingga petang 11 Januari, cuaca di semua daerah di Johor dilaporkan cerah kecuali Muar, Mersing dan Tangkak dilaporkan mendung. - Berita Harian Malaysia