Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Kegiatan kongsi gelap di Klang dilumpuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Op Khas Aman Fasa 1 2024 tahan 133 individu

Kegiatan kongsi gelap di Klang dilumpuh

Jan 22, 2024 | 12:53 PM



KLANG: Polis Malaysia telah melumpuhkan kegiatan jenayah menjana kewangan dua kumpulan kongsi gelap utama yang sekian lama bermaharajalela di Klang, Selangor.


Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya (AC) Fadil Marsus, berkata Op Khas Aman Fasa 1 2024 yang dilakukan di daerah Klang Selatan dan Klang Utara, yang berakhir 21 Januari, berjaya menahan 133 individu.

Beliau berkata mereka yang ditahan dalam operasi dijalankan JSJ Bukit Aman yang turut dibantu oleh JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu termasuk 120 rakyat tempatan.

Menurutnya, pihak berkuasa menggempur segala elemen berkaitan kumpulan kongsi gelap dan samseng dalam Op Khas yang bermula 15 Januari lalu, dengan menyasarkan individu bergiat aktif dalam dua kumpulan kongsi gelap di sekitar Klang, selain tapak projek pembinaan dikuasai mereka dan sarang penagihan dadah.

“Tangkapan ahli kongsi gelap ini dibuat berdasarkan rekod keahlian sedia ada dan dikenal pasti JSJ Bukit Aman berdasarkan serbuan tangkapan individu lain yang pernah dilaksanakan dalam operasi sebelum ini,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


AC Fadil berkata JSJ melalui Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) turut menjalankan serbuan ke atas 16 tapak projek pembinaan yang dipercayai mempunyai elemen menjana kewangan dan ekonomi untuk dua kumpulan kongsi gelap utama di Klang.

Beliau berkata pihaknya turut menyerbu tiga sarang utama penagihan dadah membabitkan dua di daerah Klang Selatan dan satu di daerah Klang Utara iaitu di Taman Sentosa, Klang selain jejambat Kampung Sammy, Pelabuhan Klang dan tanah lot Jalan Merpati, Taman Eng Ann, Klang.

“Seramai 34 penagih dadah tempatan diserahkan kepada AADK untuk tindakan selanjutnya, manakala enam penagih dadah warga asing disiasat mengikut Akta Imigresen kerana tiada dokumen perjalanan sah,” katanya.

AC Fadil berkata operasi dilaksanakan susulan pelbagai kes jenayah dilaporkan berlaku di dua daerah berkenaan termasuk kes samun dan pemerasan yang tular di media sosial.

“JSJ berusaha membanteras segala elemen berkaitan kumpulan kongsi gelap dikaitkan dengan aktiviti pemerasan, pergaduhan untuk menguasai kawasan tertentu, menjalankan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah serta samun dan mendatangkan kecederaan.

“Dengan usaha ini, kita berharap supaya masyarakat boleh berada dalam keadaan tanpa merasa takut terhadap jenayah selain berkongsi maklumat dengan polis,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >