Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes tembak di KLIA: Suami tak mengaku cuba bunuh isteri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes tembak di KLIA: Suami tak mengaku cuba bunuh isteri

Apr 25, 2024 | 02:20 PM



SEPANG: Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, pada 25 April, atas dua tuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.


Tertuduh, Hafizul Hawari, 38 tahun, yang juga pengurus syarikat pelancongan, mengaku tidak bersalah sejurus sahaja tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Dr Azrol Abdullah, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Mengikut pertuduhanan, lelaki itu didakwa melakukan cubaan membunuh Cik Farah Md Isa, 38 tahun, di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1, KLIA pada 1.09 pagi, 14 April.

Hafizul juga berdepan tuduhan sengaja menyebabkan Encik Mohd Nur Hadith Zaini, 38 tahun, cedera parah dengan menggunakan senjata iaitu pistol yang boleh menyebabkan kematian di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Encik Mohd Nur Hadith adalah pengawal peribadi isteri tertuduh.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Cik Ku Hayati Ku Haron, mencadangkan supaya tiada ikan jamin diberikan kepada tertuduh.

Ini berikutan tertuduh mempunyai rekod cuba melarikan diri ke luar negara, berdasarkan siasatan polis.

Hakim kemudian tidak membenarkan sebarang ikat jamin selepas mendapati tiada alasan kukuh dikemukakan dan menetapkan 11 Jun sebagai tarikh penyerahan dokumen.

Pada 24 April, Hafizul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 15 April.

Mengikut pertuduhanan, lelaki itu antara lain didakwa memiliki pistol Glock 19 Austria diperbuat di Turkey, 33 butir peluru PMC 380 Auto.


Dalam kejadian pada 14 April, suspek didakwa melepaskan tembakan ke arah isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di tempat kejadian.

Bagaimanapun, tembakan itu terkena seorang lelaki yang juga pengawal peribadi isteri suspek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >