Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pakar patologi tidak terlibat palsukan hasil ujian kencing di Hospital Sultanah Aminah JB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pakar patologi tidak terlibat palsukan hasil ujian kencing di Hospital Sultanah Aminah JB

Jan 15, 2024 | 02:17 PM



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan laporan 10 pakar patologi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dipindah keluar menyusuli kes pemalsuan hasil ujian air kencing.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang berkongsi kenyataan Kementerian Kesihatan di aplikasi X rasminya, berkata kes pemalsuan hasil ujian kencing itu tidak membabitkan pakar patologi.

KKM menjelaskan urusan pengujian sampel air kencing adalah di bawah skop tugas juruteknologi makmal perubatan (JTMP) dan ia tidak membabitkan pegawai perubatan pakar patologi.

“Oleh itu, kakitangan yang terbabit dalam kes pemalsuan keputusan ujian kencing itu bukan pakar patologi, sebaliknya pembantu makmal yang kini disiasat pihak berkuasa.

“Individu yang terbabit dalam kes pemalsuan hasil ujian kencing itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada 14 Januari.


Datuk Dr Dzulkefly turut menegur sebuah jenama media yang membuat laporan kurang tepat dan memohon kerjasama media untuk membuat laporan teliti sebelum menerbitkan berita, supaya tidak mencetuskan rasa curiga umum terhadap perkhidmatan KKM.

Laporan media sebelum ini menyebut 10 pakar patologi HSA Johor Bahru didakwa terbabit dalam menyediakan sampel air kencing palsu dalam kes penyalahgunaan bahan terlarang, dengan bayaran antara RM500 ($143.2) hingga RM1,500.

KKM berkata pihaknya berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan, dan HSA sentiasa bekerjasama dengan SPRM sepanjang proses siasatan dijalankan.

“KKM ingin memaklumkan semua kemudahan kesihatan KKM, termasuk HSA, komited memastikan perkhidmatan terbaik dan berintegriti kepada semua lapisan masyarakat, “ katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >