Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akibat terlalu lama tunggu, pesakit SKH beli Panadol dari foodpanda

Sep 21, 2023 | 02:32 PM



Hospital Besar Sengkang (SKH) berkata ia memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan terdahulu sebelum kes-kes kurang serius.

Ini susulan aduan yang dibuat salah seorang pesakitnya melalui catatan video Tiktok yang menyatakan beliau perlu membeli ubat tahan sakit melalui aplikasi Foodpanda setelah menunggu hampir dua jam di hospital itu untuk ubat tersebut.

Dalam satu catatan Facebook SKH pada Isnin, SKH berkata ia sedia maklum video Tiktok yang tular berkaitan pesakit yang menempah ubat panadol melalui aplikasi penghantaran makanan disebabkan “dakwaan kurang ketepatan pihak hospital dalam menangani keperluannya”.

SKH berkata ia ingin memberi jaminan kepada masyarakat umum bahawa pasukan penjagaan pesakit telah “memberikan penjagaan sewajarnya” berdasarkan keadaannya.

“SKH komited untuk merawat setiap pesakit tepat pada masanya.

“Pesakit dalam keadaan kurang serius kadang kala mungkin mengalami masa menunggu yang lebih lama berbanding dengan pesakit yang dirawat untuk keadaan serius dan kecemasan yang mengancam nyawa,” tambah SKH.

Dalam video yang dimuat naik di Tiktok oleh Jombadok pada 13 September, lelaki itu, yang dikenali sebagai Encik Hamid Osman, mendakwa beliau telah menunggu bagi ubat tahan sakit hampir dua jam sebelum memutuskan untuk tempah ubatan tersebut melalui Foodpanda.







“Anda boleh bayangkan... (saya) meminta Panadol dan saya tidak dapat ubat-ubatan dari hospital dunia pertama... sangat mengarut,” ujar beliau.

Beliau merakamkan dirinya mengambil ubat tahan sakit itu daripada penghantar Foodpanda di lobi hospital.

Tidak pula dinyatakan berapa lama tempahan itu sampai.

Beliau menambah ia kali pertama beliau dimasukkan ke wad SKH dan pulang pada keesokan harinya – langkah yang bertentangan dengan nasihat perubatan, kerana beliau tidak mendapatkan perubatan dari hospital.

“Tiada gunanya. Lebih baik saya (tinggal) di rumah. Saya ada ubat tahan sakit di rumah... (hospital ini) mengecewakan,” katanya dalam video itu.

Menukil laporan The Straits Times (ST) Encik Hamid, 55 tahun, berkata beliau telah dimasukkan ke hospital kerana gangren dan ulser pada tumit kanannya pada 11 September.


“Kira-kira lapan malam, saya rasa sakit yang teramat di tumit kanan saya jadi saya meminta ubat tahan sakit tetapi jururawat sangat sibuk dan saya tunggu hampir dua jam sebelum saya pesan Panadol melalui Foodpanda,” katanya.

Beliau kemudian memutuskan untuk tidak pulang lebih awal kerana menyedari beliau perlu menghadiri beberapa ujian perubatan.

Beliau menambah: “Sebenarnya SKH tidaklah seteruk mana. Jururawat banyak membantu dan mereka juga telah menjelaskan bahawa saya tidak boleh ambil ubat dari luar hospital.

“Saya difahamkan mereka juga perlu menunggu kelulusan doktor sebelum mereka boleh berikan ubat kepada saya.”

Beliau dibebaskan dari hospital pada 15 September dan akan menjalani pembedahan gangren pada Jumaat untuk memotong jari kakinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >