Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pelajar muntah selepas hisap ‘vape’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pelajar muntah selepas hisap ‘vape’

Nov 20, 2023 | 02:21 PM



PETALING JAYA: Enam pelajar sebuah sekolah menengah di Selangor baru-baru ini didapati muntah, oleh seorang guru selepas menghisap vape (rokok elektronik) yang dikongsi sesama mereka.


Kejadian awal November itu melibatkan lima pelajar di Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Dua, dedah guru di sekolah itu.

Guru itu, yang tidak mahu dikenali, berkongsi dengan The Star bahawa kumpulan pelajar lelaki itu telah menghisap vape di dalam bilik darjah semasa waktu rehat.


“Tiga pelajar datang ke bilik saya dan memberitahu saya telah ‘ditipu’ oleh pelajar lain untuk menghisap vape sehingga menyebabkan mereka muntah.

“Pelajar memberitahu saya mereka berasa sakit dan ada yang muntah selepas menghisap vape. Malah salah seorang daripada mereka mengaku telah menumbuk rakan mereka kerana berkongsi vape dengan ‘perasa’ yang luar biasa,” katanya.

Guru itu berkata selepas disoal lanjut, pelajar membawanya ke bilik darjah di mana vape itu disembunyikan di dalam almari.

Vape itu, tambahnya, mempunyai bau pedas, yang tidak seperti mana-mana bau buah atau berasap yang biasanya ada pada cecair itu.

“Di dalam bilik darjah, seorang pelajar yang kelihatan ‘khayal’ dengan mata merah, tidak dapat berdiri atau berjalan dengan betul.

“Nampaknya dia terlebih dos dengan bahan ketika dia terus tertidur, tetapi syukur, dengan latihan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan, saya cuba memastikan dia sedar supaya dia tidak pengsan,” kata guru itu.

Memandangkan bahan terlarang dipercayai terlibat, pihak sekolah, kata guru itu, memutuskan untuk menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Pelajar itu dibawa ke balai polis dengan kereta peronda tetapi pihak sekolah memutuskan untuk tidak mengenakan dakwaan terhadap kanak-kanak lelaki kerana ini boleh menjejas rekod mereka.

“Jika kita meneruskan, mereka perlu menjalani ujian air kencing dan kemudian, mereka akan ditangkap sebagai pesalah belia dan ini akan menjejas masa depan mereka selama-lamanya,” katanya.

Guru itu bagaimanapun menyuarakan kebimbangan mengenai dari mana pelajar tersebut boleh mendapatkan vape yang dipercayai bahan terlarang itu.

“Saya diberitahu oleh pelajar bahawa mereka telah membeli ‘perisa’ itu sekitar RM20 hingga RM30 ($5.70-S$8.60) setiap isi semula, manakala sebotol perisa ganja dijual sehingga RM150 (S$43.050).

“Adalah membimbangkan bahawa mereka bukan sahaja menghisap vape tetapi juga mungkin terhidu bahan terlarang.

“Mereka mampu membelinya kerana mempunyai rakan yang telah tamat sekolah dan bekerja di kedai vape,” tambah guru itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >