Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

800 pelajar dirujuk kepada HSA kerana ‘vape’ pada 2022, berbanding kurang 50 pelajar sebelum 2020

Oct 03, 2023 | 04:20 PM



Seramai 800 pelajar sekolah dan Institut Pendidikan Tinggi (IHL) ditangkap menghisap vape (rokok elektronik) dan dirujuk kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 2022, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.


Beliau menjawab soalan yang diajukan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) tentang jumlah pelajar yang dirujuk kepada HSA kerana menghisap vape dalam tempoh lima tahun kebelakangan.


Dr Maliki berkata sebelum 2020, jumlah pelajar sedemikian ialah kurang daripada 50 orang.

Kementerian Pendidikan (MOE), HSA, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) prihatin tentang situasi vape bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga dalam masyarakat secara am, kata Dr Maliki.


Beliau menegaskan bahawa MOE sedang bekerjasama dengan HSA, MOH dan HPB untuk mengukuhkan pengesanan, penguatkuasaan dan pendidikan berkenaan vape.


“Selain pemeriksaan penguatkuasaan, sekolah dan IHL kami telah meningkatkan pendidikan pencegahan untuk menyampaikan kesan bahaya vape terhadap kesihatan seseorang. Kami meminta kerjasama keluarga dan masyarakat yang lebih luas untuk mengukuhkan mesej ini dengan tegas untuk membendung trend yang membimbangkan ini,” ujar Dr Maliki.


Cik Pereira, dalam soalan susulannya, bertanya sama ada terdapat rancangan untuk memperuntukkan lebih banyak sumber dalam alat pengajaran, teknologi atau tenaga manusia bagi membantu sekolah dalam menangani isu vape dalam kalangan belia.


“Di mana sesuai, kami akan memperuntukkan sumber yang diperlukan untuk meningkatkan usaha kami dan mendekati pelajar,” kata Dr Maliki.

Beliau menambah bahawa di sekolah mesej bahaya merokok dan vape telah dimasukkan dalam kurikulum pelajar.


Misalnya, pelajar sekolah rendah diajar dalam kelas pendidikan jasmani bahawa semua produk tembakau berbahaya kepada kesihatan dan kecergasan.

Semasa pendidikan watak dan kewarganegaraan pula, pelajar belajar tentang mengenali tingkah laku impulsif dan ketagihan, kemudaratan kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang, serta menguruskan pengaruh rakan sebaya yang negatif.

“Kami juga menerangkan kepada pelajar kesan berbahaya bahan yang terdapat dalam produk sedemikian. Selain itu, akibat terhadap individu, keluarga dan masyarakat dibincangkan di peringkat menengah rendah,” jelas Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >