Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10j

Nov 09, 2023 | 01:32 PM



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen (AP) Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM10 juta ($2.9 Juta) serta dua kali sebatan selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid, memerintahkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dijatuhi hukuman penjara empat tahun sekiranya gagal membayar denda.

Namun, hakim membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan, lapor Harian Metro.


Bekas Menteri Belia dan Sukan itu kelihatan tenang, sejurus mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya oleh Datuk Azhar.

Terdahulu ketika membacakan hukuman itu, mahkamah memutuskan pemimpin itu bersalah selepas mendengar 29 saksi pendakwaan dan tertuduh sendiri yang memberi keterangan bersumpah dan empat saksi pembelaan yang dikemukakan.

“Mahkamah ini memberikan pertimbangan di tahap maksimum terhadap keseluruhan keterangan, sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

“Pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes pendakwaan bagi empat pertuduhan dan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melepasi keraguan munasabah bagi kesemua pertuduhan.

“Oleh itu tertuduh didapati bersalah bagi keempat-empat pertuduhan,” kata Datuk Azhar.

Syed Saddiq, 31 tahun, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu pada 6 Mac 2020.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu, lapor Berita Harian Malaysia.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 8 dengan 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dia juga berdepan dua tuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang adalah hasil daripada aktiviti haram.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Mohd ‘Afif Ali manakala peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >