Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Tiga empangan Johor hampir paras kritikal dek cuaca panas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tiga empangan Johor hampir paras kritikal dek cuaca panas

Apr 02, 2024 | 05:03 PM



KOTA TINGGI: Paras takungan air di tiga empangan di Johor dikesan menghampiri paras kritikal berikutan cuaca panas sejak Mac, dan dijangka dapat bertahan selama 55 hari sahaja sekiranya tiada hujan hingga 30 April.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastuktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata tiga empangan itu ialah Empangan Sembrong di Ayer Hitam, Empangan Bekok di daerah Segamat, dan Empangan Machap di Simpang Renggam.

Bagaimanapun, 13 empangan lain di Johor masih berada pada tahap terkawal dan langkah penggunaan air secara optimum diaktifkan, kata beliau.

“Buat masa ini kita sedang memantau keadaan semasa di empangan terbabit dan menunggu sehingga akhir April untuk melihat purata hujan.

“Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), jika sehingga 30 April ini tiada hujan di kawasan empangan itu, kita jangkakan jumlah bekalan air boleh digunakan untuk tempoh 55 hari lagi.

“Ada cadangan untuk pembenihan awan, tetapi peratus berjaya itu kurang kerana ia tidak dapat dikawal (hujan) di empangan. Buat masa ini, belum ada cadangan untuk buat catuan dan sebagainya,” ujar Encik Mohamad Fazli, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Johor, di Kota Tinggi, pada 2 April.

Encik Mohamad Fazli berkata pihaknya juga mengenal pasti hingga 150 lokasi membabitkan 70 District Metered Area (DMA) untuk dipantau bagi mengelakkan berlaku gangguan bekalan air semasa Aidilfitri.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Malaysia, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, dilaporkan sudah mengadakan perbincangan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan berhubung soal pembenihan awan bagi mengatasi masalah empat empangan yang dilaporkan kritikal.

Encik Nik Nazmi berkata pada peringkat kementeriannya, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang akan memberikan panduan berhubung pembenihan awan.

“Empat empangan yang dilaporkan kritikal, iaitu di Johor, Pulau Pinang dan Kedah, itu akan diberi tumpuan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) juga memantau secara dekat dari semasa ke semasa.

“Untuk tempat yang kritikal dan sekiranya sesuai, kita akan buatlah (pembenihan awan). Untuk melakukan pembenihan awan memerlukan beberapa faktor, iaitu cuaca baik, angin dan awan yang betul,” ujarnya.

Pada 30 Mac, lima daerah di Johor mengalami gangguan bekalan air tidak terancang dan luar jangka menyusuli cuaca panas berterusan yang sedang melanda Malaysia.

Pengendali perkhidmatan air Johor, Ranhill SAJ, memaklumkan lima daerah terjejas, membabitkan beberapa kawasan di Kota Tinggi, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >