Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Wanita maut di Sabah – dibakar suami selepas bertengkar semasa mabuk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Wanita maut di Sabah – dibakar suami selepas bertengkar semasa mabuk

Feb 06, 2024 | 10:58 AM



KENINGAU (Sabah): Seorang wanita maut selepas 16 jam dirawat di Hospital Keningau apabila dikatakan dibakar oleh suaminya di Kampung Tinagalan, Sook, di sini pada 3 Februari.


Kejadian dikatakan berpunca daripada pertengkaran antara mereka ketika minum minuman keras jenis ‘tapai’ di rumah mereka yang turut musnah sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran di antara pasangan berusia 50 dan 41 tahun itu dalam keadaan mabuk.

Katanya, keadaan menjadi luar kawalan apabila mangsa mencabar suspek untuk membakarnya selepas diugut suaminya sebelum itu.

“Suspek dilaporkan menyimbah isterinya dengan petrol sebelum menyalakan mancis dan terus mencampakkan kepada mangsa.

“Anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia 16 tahun menyedari kejadian berkenaan terus membawa keluar dua adiknya keluar bagi menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi Berita Harian Malaysia (BHM).


Superintendan Yampil berkata remaja berkenaan terus membantu memadamkan api di badan ibunya sebelum cuba mendapatkan bantuan daripada pak ciknya.

Katanya, suspek sendiri kemudian membawa mangsa ke Klinik Sook untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Keningau pada 1.41 petang, 4 Februari lalu,” katanya.

Sementara itu, Superintendan Yampil berkata suami mangsa sudah ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >