Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Ayuh, kongsi foto bertema Hari Raya dan menangi baucar!

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
mata-mata
41358
0

Ayuh, kongsi foto bertema Hari Raya dan menangi baucar!

Apr 09, 2024 | 10:44 AM



Para pembaca kini berpeluang memenangi hadiah dengan mengongsi apa sahaja foto berkaitan dengan Hari Raya dalam peraduan bulanan mata-mata.


Tema ini dipilih dalam peraduan bulanan mata-mata pada April bersempena dengan Hari Raya di samping menyemarakkan lagi suasana perayaan ini.


Antara tujuan peraduan ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pembaca yang sedia berkongsi kenangan bersama rakan pembaca lain.

Tiga penyertaan terbaik akan dipilih dan penyertaan terbaik akan memenangi baucar beli-belah bernilai $100. Dua pemenang lain akan menerima baucar beli-belah bernilai $50.

Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya.

Kami menerima apa sahaja foto – yang baru mahupun lama.

Misalnya, foto yang merakamkan suasana Hari Raya pada era 1960-an atau kenangan menziarahi sanak-saudara semasa 1980-an.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik!

Sila ke ruang mata-mata di laman web Berita Harian untuk butiran lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >