Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Fahami BRICS: Kuatkan pengaruh ekonomi dengan keanggotaan baru

Sep 04, 2023 | 06:00 AM



BRICS ialah singkatan perkumpulan yang memaksudkan sebuah kesatuan ekonomi terdiri daripada Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan.

Mula ditubuhkan pada 2009 dan dikenali sebagai BRIC sebagai kelab tidak rasmi, nama itu kemudian ditukar kepada BRICS apabila Afrika Selatan menyertainya pada 2010.

Konsep BRIC, yang pada awalnya tidak termasuk Afrika Selatan, dicetuskan pada 2001 oleh Ketua Ekonomi Goldman Sachs ketika itu, Encik Jim O’Neill, dalam sebuah kertas penyelidikan yang menekankan potensi pertumbuhan Brazil, Russia, India dan China.

BRICS bertujuan meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota berkaitan hal ekonomi, politik dan sosial.

Ia merangkumi kira-kira 42 peratus penduduk dunia dan akan melemahkan kuasa Barat dalam ekonomi serta mencabar susunan dunia yang dikuasai oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya dari Barat.

Penciptaannya dimulakan oleh Russia.

Kumpulan itu bukan organisasi ‘multilateral formal’ seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia atau Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec).

Ketua negara dan kerajaan negara anggota berkumpul setiap tahun dengan setiap negara mengambil jawatan selaku pengerusi secara bergilir selama satu tahun dalam kumpulan itu.

Brazil, Russia, India, dan China adalah negara-negara anggota asal.

Selain daripada geopolitik, tumpuan kumpulan itu termasuk kerjasama ekonomi, peningkatan perdagangan dan pembangunan ‘multilateral’.

Kumpulan itu beroperasi melalui konsensus. Semua negara BRICS adalah sebahagian daripada Kumpulan 20 (G20) ekonomi utama.

Mengapa negara ingin sertai BRICS?


Lebih 40 negara, termasuk Iran, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Argentina, Algeria, Bolivia, Indonesia, Mesir, Habsyah, Cuba, Republik Demokratik Congo, Comoros, Gabon, dan Kazakhstan telah menyatakan minat untuk menyertai forum itu, mengikut kenyataan pengerusi sidang 2023, iaitu Afrika Selatan.

Negara-negara itu melihat BRICS sebagai alternatif kepada badan sejagat yang dianggap dikuasai oleh kuasa Barat dan berharap keanggotaan akan membuka peluang seperti pembiayaan pembangunan, peningkatan perdagangan, dan pelaburan yang lebih besar.

Ketidakpuasan dengan aturan sejagat dalam kalangan negara membangun bertambah buruk oleh pandemik Covid-19 apabila vaksin penyelamat nyawa dikuasai oleh negara-negara kaya.

Iran, negara yang memiliki kira-kira seperempat daripada pengeluaran minyak Timur Tengah, berharap mekanisme untuk keanggotaan baru akan diputuskan “secepat mungkin”.

Arab Saudi, kuasa minyak terbesar adalah salah sebuah negara yang menyertai perbincangan ‘Friends of BRICS’ di Cape Town pada Jun. Ia mendapat sokongan Russia dan Brazil untuk menyertai BRICS.

Argentina mengumumkan pada Julai 2022 bahawa negara tersebut telah menerima sokongan rasmi dari China dalam usahanya untuk menyertai kumpulan tersebut.

Habsyah, salah satu ekonomi yang berkembang paling pesat di Afrika, mengumumkan pada Jun bahawa negara tersebut telah memohon untuk menyertai kumpulan itu. Mereka akan terus bekerjasama dengan institusi antarabangsa yang melindungi kepentingan negara.

Presiden Bolivia, Encik Luis Arce, telah menyatakan minat dalam keanggotaan BRICS. Bolivia mengumumkan pada Julai mereka berazam mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika dalam perdagangan luar negara dan sebaliknya beralih kepada yuan China, selaras dengan matlamat pemimpin BRICS untuk mengurangkan kebergantungan kepada mata wang Amerika.

Algeria mengumumkan pada Julai bahawa mereka telah memohon keanggotaan BRICS dan menjadi pemegang saham dalam Bank Pembangunan Baru, yang juga dikenali sebagai Bank BRICS.

Negara Afrika Utara yang kaya dengan sumber minyak dan gas ini sedang berusaha mempelbagaikan ekonominya serta mengukuhkan perkongsian dengan China dan negara-negara lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >