Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pegawai CNB tajamkan empati demi bantu bekas pesalah

Jul 18, 2022 | 05:30 AM



EMPATI dan semangat mahu membantu bekas pesalah kembali ke pangkuan masyarakat merupakan sifat utama yang diperlukan pegawai penyelia Biro Narkotik Pusat (CNB) Saifudin Abdul Rahman.



"Adakala tindakan yang kecil seperti mendengar dengan teliti kepada keprihatinan dan kembimbangan yang diluahkan bekas pesalah atau membimbing mereka ke arah sesuatu matlamat boleh memberikan perbezaan kepada mereka mencapai potensi sepenuhnya dalam proses pemulihan masing-masing." kata Enck Saifudin.



Pegawai itu merupakan salah seorang anggota pasukan Penyeliaan di Divisyen J Penguatkuasaan CNB.



Beliau menyertai CNB 13 tahun lalu dan pernah dikerah ke pelbagai divisyen lain seperti penyiasatan dan penguatkuasaan pusat pemeriksaan.



Sebagai pegawai penyelia, antara tanggungjawab Encik Saifudin ialah mengendalikan pusat melapor, menguruskan kes dan menjalankan sesi Penyeliaan Masyarakat dengan bekas pesalah.



"Matlamat saya dan rakan-rakan sepasukan ialah membantu melicinkan proses integrasi bekas pesalah dengan masyarakat," kata beliau.



Ini termasuk membantu menghuraikan baki masalah yang dihadapi bekas pesalah dan merujuk mereka kepada agensi yang relevan.



Bagi membantu bekas pesalah Encik Saifudin menjalani latihan Kemahiran Penyeliaan Masyarakat (CoSS).



"Saya dilatih dengan baik oleh Unit Psikologi CNB yang telah membangunkan kurikulum latihanuntuk mendalamkan pengetahuan dan kemahiran kami untuk menyokong bekas pesalah dadah. Saya juga mendapat sokongan dari rakan-rakan dan penyelia di CNB dan ini membolehkan saya mengamalkan rangka kerja baru ini dalam tugas penyeliaan.



Mengimbas kembali Encik Saifudin menceritakan kisah seorang bekas pesalah yang tidak melaporkan diri apabila tiba masanya. Individu itu tidak dapat mengikut arahan dan Encik Saifudin juga menghadapi kesukaran berkomunikasi dengannya. Encik Saifudin kemudian mendapat tahu daripada ahli keluarganya bahawa individu itu mempunyai beberapa keperluan kesihatan dan beliau perlu ditemani seorang ahli keluarga agar dapat melapor diri tepat ada masanya.



"Justeru kami meminta kelulusan daripada pihak atasan supaya membenarkan ahli keluarga menemaninya ke pusat melapor. Beliau akhirnya berjaya menerima perakuan supaya tempoh laporannya ditamatkan lebih awal.



Pengalaman membantu bekas pesalah memberi banyak saya pengajaran dan pendedahan dan menguatkan keperluan empati semasa membimbing bekas pesalah dalah perjalanan mereka membebaskan diri dari dadah," kata Encik Saifudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >