Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Vape’ punca peparu cedera

Jul 03, 2023 | 05:30 AM



Gara-gara kurang pengetahuan, Encik Dan (bukan nama sebenar), cuba beralih daripada merokok kepada tabiat menghisap rokok elektronik (e-rokok) atau ‘vape’.

Tanpa disedari, tabiat tersebut mengundang padah kepada kesihatannya.

Pada 2020, kakitangan logistik berusia 36 tahun itu mengalami masalah pernafasan dengan batuk kering disusuli lendir hijau sehingga dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Selepas beliau minta dibenarkan pulang, keadaan Encik Dan mula menjadi lebih teruk dua minggu kemudian.

Beliau yang kini berusia 36 tahun dirawat di hospital dan kali ini bernafas menggunakan tiub selama dua minggu sebelum dialih ke Unit Jagaan Rapi (ICU).

“Pada ketika itu doktor mendapati kadar oksigen dalam tubuh merosot.

“Saya masih tidak pasti mengapa ini berlaku namun saya syak ada kena-mengena dengan merokok dan tabiat menggunakan rokok elektronik atau ‘vape’,” katanya yang mula merokok selama hampir 15 tahun sebelum itu.

Semasa di hospital buat kali kedua, Encik Dan telah menjalani satu rawatan yang diberi nama ‘bilas peparu’ untuk merawat penyakit yang dianggap jarang berlaku yang diberi nama ‘pulmonary alveolar proteinosis’ (PAP).

Doktor mengesyaki ia ada kaitan dengan penggunaan ‘vape’.

Ia berlaku apabila protein, lemak dan bahan lain yang berlebihan terkumpul dalam kantung udara peparu.

Ini menyebabkan kesukaran bernafas dan boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan pernafasan atau jangkitan lanjut.

Encik Dan yang dihubungi berkata beliau mengambil tempoh sekitar tiga bulan untuk pulih selepas prosedur tersebut dan bagi peparunya kembali normal selepas itu.

Malangnya beliau yang sudah berumah tangga mengulangi tabiat merokok dan menggunakan ‘vape’ selepas pulih lapan minggu kemudian.

Akibatnya masalah serupa berulang.

Katanya beliau tidak ‘mengidam’ menghisap rokok atau ‘vape’, tapi kerana ia sudah menjadi tabiatnya berbuat demikian selepas makan.

Pada ketika itu beliau dapat rasakan batuk keringnya kembali, namun beliau cuba sembunyikannya daripada isterinya.

“Saya merokok dan menghisap ‘vape’ di belakang isteri saya. Saya pura-pura berhenti tapi tidak dapat berbuat demikian.

“Sukar untuk saya hilangkan ketagihan itu,” tambahnya.

Sejarah hitam berulang.

Beliau kemudian menjalani prosedur tersebut sekali lagi.

Selepas menjalani prosedur itu buat kali kedua, Encik Dan memerlukan beberapa bulan untuk pulih.

MENGAPA CUBA ‘VAPE’

Ditanya apa yang membuatnya mencuba ‘vape’, Encik Dan berkata beliau menyangka tabiat itu dapat menjimatkan wang berbanding membeli rokok yang jauh lebih mahal.

Apatah lagi ketika itu beliau telah membuat perancangan untuk berumah tangga.

Beliau menganggarkan membelanjakan sehingga $180 sebulan untuk rokok dan ini dapat dijimatkan sehingga sepertiga daripada kos tersebut apabila beliau beralih kepada ‘vape’.

“Ia cara paling murah untuk berhenti merokok, menurut video yang saya tonton di YouTube dan media sosial pada ketika itu.

“Saya juga sangka ‘vape’ lebih selamat berbanding rokok. Padahal kesannya lebih teruk.

“Dan saya juga terus merokok juga semasa cuba beralih kepada ‘vape’,” jelasnya lagi yang sebelum ini pernah memiliki sebuah kafe sajian barat.

Menurut Konsultan Kanan di Jabatan Pernafasan dan Perubatan Penjagaan Kritikal, Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Melvin Tay, meskipun Dan tidak akan mengalami kesan jangka panjang, namun peparunya boleh cedera sekali lagi sekiranya beliau merokok atau menghisap ‘vape’.

Serik dengan kededua pengalaman sakit yang dilaluinya, Encik Dan berkata beliau sudah berhenti merokok dan ‘vape’ sejak dua tahun lalu.

Kini sebagai ganti kepada rokok dan ‘vape’ beliau makan manisan selepas waktu makannya.

“Syukur saya tidak terjejas apabila ada kawan-kawan yang merokok depan saya.

“Malah saya juga nasihatkan mereka agar berusaha supaya berhenti merokok dan usah mencuba ‘vape’ demi menjaga kesihatan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >