Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

98.4% murid Darjah 6 jaya masuk sekolah menengah

Nov 22, 2023 | 05:45 PM



Sebanyak 98.4 peratus murid Darjah 6 yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2023 berjaya melangkah ke sekolah menengah – peratusan sama yang dicatatkan buat tahun kelapan berturut-turut.

Secara keseluruhan, seramai 38,088 murid Darjah 6 menduduki PSLE pada 2023, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu.

Keputusan PSLE dikeluarkan pada pagi Rabu.

Ini merupakan tahun ketiga PSLE diadakan di bawah sistem pemarkahan baru, yang menyaksikan murid diberi markah Peringkat Pencapaian (AL) bagi setiap mata pelajaran dan bukannya gred seperti A* hingga E.

Di bawah AL, murid Darjah 6 akan menerima markah satu hingga lapan untuk setiap empat mata pelajaran mereka – Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda, Matematik dan Sains.

Satu merupakan markah terbaik manakala lapan ialah markah terendah. Markah keseluruhan akan membentuk AL mereka.

Bermula dari kohort Menengah 1 pada 2024, Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) akan dilaksanakan dalam sistem pendidikan menengah.

Di samping itu, aliran Ekspres, Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) tidak akan digunakan lagi.

Sebaliknya, MOE akan menempatkan murid ke sekolah menengah menerusi tiga kumpulan penempatan – 1, 2 dan 3 – masing-masing dilakar daripada aliran Normal (Teknikal), Normal (Akademik) dan Ekspres.

Murid boleh mengambil mata pelajaran pada tiga peringkat mata pelajaran, yang dikenali sebagai G1, G2 dan G3.

G1 setara dengan taraf Normal (Teknikal) hari ini; G2 seperti taraf Normal (Akademik) dan G3 seperti taraf Ekspres.

‘G’ bermaksud General atau umum.


Selepas Menengah 1, murid juga boleh mengambil mata pelajaran tersebut pada peringkat yang lebih mencabar berdasarkan prestasi mereka.

Daripada 38,088 murid Darjah 6 yang menduduki PSLE pada 2023, sekitar 64 peratus layak untuk kumpulan penempatan 1 dan 2, sesuai untuk mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran pada peringkat yang lebih mencabar.

Murid Darjah 6 yang menduduki PSLE pada 2023 dan tidak layak masuk ke sekolah menengah, boleh memilih untuk mengambil semula PSLE pada 2024.

Mereka juga boleh memohon ke Sekolah Assumption Pathway (APS) atau Sekolah Northlight (NLS) bagi pembelajaran bersifat alami.

Murid yang pernah menduduki PSLE sekali dan ingin memohon untuk ke APS atau NLS boleh melakukan demikian atas saranan pengetua sekolah rendah mereka.

Di samping itu, sebanyak 99.1 peratus, atau seramai 335 daripada 338 pelajar Darjah 6 daripada madrasah yang menawarkan pendidikan rendah, lulus PSLE pada 2023, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Keempat-empat madrasah tersebut – Madrasah Irsyad, Madrasah Alsagoff, Madrasah Al-Maarif and Madrasah Wak Tanjong – akan mengekalkan status “sekolah yang ditetapkan” di bawah Akta Pendidikan Wajib (CE) untuk 2023.

Selain menerima keputusan PSLE pada pagi Rabu, murid Darjah 6 yang layak juga menerima Borang Pilihan Menengah 1 (S1) untuk memilih sekolah menengah.

Borang itu menyediakan maklumat penting mengenai pilihan sekolah menengah.

Setiap murid perlu menggunakan nombor unik pengenalan peribadi S1 masing-masing yang tertera di borang itu untuk menyertai Sistem Internet Menengah 1 (S1-IS) dan menyerahkan pilihan sekolah mereka antara 11.30 pagi pada 22 November hingga 3 petang pada 28 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >