Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alami: Masjid perlu bantu masyarakat bukan Muslim

May 31, 2021 | 05:30 AM



MEMBANTU umat Islam mesti kekal menjadi keutamaan, namun masjid-masjid di sini patut melakukan lebih banyak lagi dalam membantu masyarakat bukan Muslim, kata Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Haji Mohd Alami Musa.



Berkongsi pandangannya, Haji Alami berkata, sebahagian sumber yang dimiliki masjid boleh diketepikan demi tujuan ini.



Beliau, yang juga Ketua Program Pengajian Hubungan Silang Agama dalam Masyarakat Majmuk (SRP) di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), menambah bahawa membantu masyarakat bukan Muslim dalam bentuk tersebut merupakan peluang keemasan untuk berdakwah.



Ini tidak bererti masjid-masjid di sini belum pernah menghulurkan bantuan kepada anggota masyarakat bukan Islam, akur beliau, namun "lebih boleh dilakukan".



Ditemui baru-baru ini bagi satu wawancara eksklusif dengan Berita Harian, Haji Alami berkata:



"Alhamdulillah masjid-masjid kita telah membantu golongan yang berkeperluan tetapi saya rasa sebahagian daripada sumber kita, mungkin 10 atau 15 peratus boleh diagihkan kepada golongan yang bukan Muslim.



"Ini adalah satu dakwah yang paling hebat sekali.



"Ini merupakan satu peluang keemasan untuk berdakwah secara amali kepada golongan yang bukan Muslim.



"Ini adalah manifestasi Identiti Muslim Singapura yang menganjurkan sikap inklusif di kalangan umat Islam tempatan.



"Inilah yang saya harap dapat dilakukan dengan lebih luas lagi."



Haji Alami berkata demikian ketika berkongsi pandangannya tentang hubungan silang agama dalam konteks pandemik Covid-19 yang sedang berlaku.



Status Singapura sebagai negara sekular mempunyai kelebihannya dalam keadaan dunia terpaksa mengharungi wabak koronavirus itu, kata beliau.



"Kelebihan negara sekular ialah ia memberi layanan yang saksama kepada semua kelompok agama, tidak kira agama yang ramai penganut atau tidak," ujarnya.



Agama juga tidak diabaikan dalam perancangan negara menangani krisis ini.



Kata Haji Alami lagi:



"Sebahagian daripada perancangan dan pelan bertindak di peringkat nasional ialah bagaimana rakyat dapat meneruskan kehidupan beragama dengan langkah-langkah keselamatan.



"(Pemerintah) aktif bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin agama dan mengenai cara selamat untuk menjalankan kegiatan agama ataupun upacara-upacara sembahyang atau ibadah.



"Kita lihat negara menganggap faktor agama itu penting yang tidak boleh diabaikan.



"Dasar pemerintah terhadap layanan kepada agama memberi semacam kepuasan di peringkat masyarakat bahawa keperluan agama mereka itu dijaga walaupun dalam keadaan tidak normal dengan adanya sekatan-sekatan."




"Alhamdulillah masjid-masjid kita telah membantu golongan yang berkeperluan tetapi saya rasa sebahagian daripada sumber kita, mungkin 10 atau 15 peratus boleh diagihkan kepada golongan yang bukan Muslim. Ini adalah satu dakwah yang paling hebat sekali. Ini merupakan satu peluang keemasan untuk berdakwah secara amali kepada golongan yang bukan Muslim. Ini adalah manifestasi Identiti Muslim Singapura yang menganjurkan sikap inklusif di kalangan umat Islam tempatan. Inilah yang saya harap dapat dilakukan dengan lebih luas lagi."
- Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Haji Mohd Alami Musa.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >