Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amazon akan kenakan surcaj 0.5% bagi bayaran guna kad kredit Visa

Aug 11, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT perdagangan elektronik gergasi, Amazon, mengumumkan ia akan mengenakan bayaran tambahan atau surcaj 0.5 peratus bagi bayaran yang dibuat menggunakan kad kredit Visa di laman web Singapura Amazon.sg, bermula 15 September ini.



Jurucakap Amazon berkata surcaj itu akan diperkenalkan buat julung-julung kali di Singapura, tetapi berkata kos tinggi berhubung pembayaran melalui kad adalah masalah sedunia.



Jurucakap itu berkata, surcaj tersebut tidak akan dikenakan bagi langganan, barangan dan khidmat digital serta Amazon Fresh, khidmat penghantaran barang pasar yang disediakan syarikat itu.



Dalam satu e-mel yang diberikan kepada pengguna Amazon.sg semalam, Amazon berkata surcaj itu dikenakan kerana Visa mengenakan kos pembayaran tinggi.



"Untuk mengelak membayar surcaj ini, kami menggalakkan anda menggunakan kad debit atau kad kredit bukan Visa untuk membuat bayaran," kata Amazon.



Jurucakap Amazon itu juga berkata, kos membenarkan penggunaan pembayaran kad terus menjadi rintangan dalam usahanya memberikan harga terbaik kepada pelanggan.



Beliau berkata, kos sedemikian seharusnya semakin berkurangan selaras dengan kemajuan dalam teknologi dan inovasi, yang membenarkan peniaga melaburkan penjimatan dalam memberikan harga rendah dan pengalaman beli-belah lebih baik bagi pelanggan.



"Namun, meskipun ada kemajuan sedemikian, sebahagian kos pembayaran melalui kad terus tinggi... malah ada yang meningkat.



"Justeru, selaras dengan kos tinggi bagi pembayaran Visa, surcaj ini dikenakan bagi pembayaran yang dibuat di Singapura menggunakan kad kredit Visa.



"Selaras dengan landskap pembayaran yang pesat berubah di serata dunia, kami menjangka masa depan di mana penggunaan kad akan berkurangan, dan kami akan terus berinovasi bagi pihak pelanggan untuk menambah dan menggalak pilihan bayaran lebih pantas, lebih murah dan lebih inklusif di kedai kami di serata dunia," kata jurucakap itu kepada The Straits Times.



Syarikat Visa telah dihubungi untuk mengulas mengenai perkembangan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >